Movie Review - Exit (Korean)

Salam.

Lama dah aku tak review cerita korea. Aku baru je tengok satu movie ni tadi. Lakonan Jo Jung Suk dan Yoona.
Baca sinopsis macam best, terus aku download dan tengok tadi.





Movie Review - Exit (Korean)


Menceritakan tentang Yong Man (Jo Jung Suk) dan Eui Joo (Yoona)

Mereka berdua rasanya berjumpa masa melakukan aktiviti wall climbing 5 tahun lepas. Yong Man pernah meluahkan perasaan kepada Eui Joo tapi ditolak.

5 tahun kemudian, mereka berjumpa kembali di Hotel Dream Garden, yang terletak di tengah bandar Seoul yang juga merupakan tempat kerja Eui Joo.
Yong Man menyambut harijadi ibu dia yang ke 70 bersama ahli keluarga lain di hotel tu.
Yong Man memang sengaja pilih hotel tempat kerja Eui Joo walaupun hotel tu lebih kurang 2 jam dari rumah dia.
Di sana, dia bertegur sapa dengan Eui Joo dan menipu Eui Joo yang dia bekerja di company besar. Dia sebenarnya masih lagi sukakan Eui Joo.

Tengah malam pada hari yang sama, sambutan hari jadi ibu Yong Man masih belum habis. Eui Joo selaku 'assistant manager' pun tak dapat pulang lagi disebabkan customer belum pulang.

Suatu kejadian berhampiran hotel tersebut di mana sebuah lori yang mengandungi gas beracun telah dibocorkan gasnya.
Keadaan di luar hotel dan kawasan berdekatan menjadi huru hara, dan mereka yang telah terkena gas beracun tersebut boleh mengalami masalah kulit melecur dan yang paling bahaya sekali sesak nafas dan boleh membawa maut.

Mereka semua masuk semula ke dalam hotel dan ingin menuju ke rooftop. Malangnya pintu masuk ke rooftop berkunci dan tiada kunci ketika itu. Jadi Yong Man dengan beraninya memanjat dinding hotel dan membuka pintu dari bahagian luar rooftop.

Tak lama selepas tu, helikopter pon datang menyelamatkan mangsa-2 dia rooftop. Namun, Yong Man dan Eui Joo tak dapat menaiki helikopter tu sebab muatan penuh.
Jadi mereka berdua berusaha untuk menyelamatkan diri dengan menuju dari satu bangunan ke bangunan lain.




Ending dia? Semestinya happy ending.
Movie ni tak boring sebab scene dia best. 
Ada element sedih juga di mana keluarga Yong Man risaukan dia dan tertanya-tanya sama ada dia selamat atau tau.
Dan action scene mereka memanjat dari 1 bangunan ke bangunan lain tu best.


Boleh la tengok untuk mengisi masa lapang.
Hihi

You Might Also Like

1 comments

  1. dah tengok! ketaq lutut tengok dia panjat bangunan paling tinggi tu nak ke roof top. memang tak boring citer ni

    BalasPadam