Restoran Bas Biru, Kundasang, Sabah

Salam.








Restoran Bas Biru, Kundasang, Sabah


Beberapa bulan yang lepas iaitu pada bulan Julai,  bff aku dari KL datang melawat aku di KK, Sabah.
Kami plan trip ni beberapa bulan sebelum.

Mulanya tak sure sama ada nak ke Singapore atau Sabah, at last decide untuk ke Sabah juga.
Ni bukan kali pertama mereka datang ke Sabah tau.

Entah kali ke berapa pun tak tahu sebab mereka pernah bekerja di Sabah 3 tahun lepas. Datang semula ke sini untuk melawat kembali tempat yang pernah pergi sebelum ni.

Trip ni pun kami buat sempena Hannan yang bakal berkahwin tak lama lagi.

Bila ke Sabah je kan, tempat yang boleh dikatakan wajib pergi ialah Kundasang.

Selain ke Desa Dairy Farm (antara tempat wajib pergi di Kundasang), kami cuba ke tarikan yang boleh dikatakan agak baru juga la berdekatan Ranau iaitu Restoran Bas Biru.

Bayaran masuk ke tempat ni ialah RM5 seorang. Dan tiket tu korang boleh redeem dengan makanan nanti.


Tiket masuk ke Restoran Bas Biru.


Menu yang ada di Restoran Bas Biru


ada menu Western dan Asian.


 Side snacks dan beverages.


So, kami order beberapa jenis makanan di Restoran Bas Biru. Sementara tunggu order siap, kami jalan-jalan ambil gambar dalam bas dulu.



kawasan sekitar. Ada banyak bas juga di situ.



 Kena naik tangga untuk ke bas



 Bahagian dalam bas




Bergambar dengan Hannan



 saja nak tunjuk tiket bas




 view dari dalam bas yang kami masuk



View bahagian bawah. Ada sangkar burung di sana.




 Mintak staff dia ambil gambar kami bertiga. Tapi lighting tak OK haha.



Ni je gambar makanan yang aku sempat amik 



Bila dah siap makan, bergambar di kawasan luar pula.




gambar kenangan di Restoran Bas Biru



Rasa makanan dia? Not bad lah. Harga? Ok- ok lah.
Nak ke sini lagi? Maybe tak kot kalau setakat nak makan je.

Tapi kalau bagi korang yang belum pernah ke sini, aku cadangkan korang boleh masukkan tempat ni dalam senarai tempat yang korang patut datang bila ke Kundasang.







You Might Also Like

2 comments

  1. Unik! Bestlah Syu restoran bas biru ni.

    BalasPadam
  2. Terima kasih kerana berkongsi.. Memang bulan depan saya akan bercuti kat Sabah.. Bolehla pergi tengok bas biru ni..

    BalasPadam