Nasi Dagang Pak Malau, Langkawi



Salam.



Nasi Dagang Pak Malau


So aku nak share dengan korang tempat pertama aku dan family aku makan masa di Langkawi. Oh ya, trip ni kami berempat je. Adik aku lagi sorang tak dapat join.
Jadi, kami berempat adalah mak, ayah, akak aku dan aku. Kami sampai di Langkawi ngam-2 masa untuk lunch dah.


Kebetulan,mak dan ayah aku ada sebut pasal satu kedai makan ni yang baru keluar TV baru-baru ni iaitu Nasi Dagang Pak Malau. Jadi kami pun buat keputusan untuk makan di sana je.


Sampai di Nasi Dagang Pak Malau, nasib baik orang tak berapa ramai lagi, tapi lepas tu ramai pula yang datang.





Cara order, pilih je lauk yang korang nak untuk dimakan dengan nasi dagang tu di kaunter dia. Ada beberapa pilihan lauk iaitu Gulai Ayam, Gulai Ayam Kampung, Gulai Ikan, Ayam Goreng.




Harga setiap set ni adalah RM10, tapi untuk set Gulai Ayam Kampung harganya RM14 satu set.





Yang bestnye dekat Nasi Dagang Pak Malau ni, tempat makan dekat dengan sawah. Korang boleh pilih untuk duduk makan bersila di tempat yang disediakan. Kami makan di tempat biasa je.




ada kuih muih jugak



Masa nak bayar tu, sempat dengar Pak Malau cakap. Dia cakap pelik baru baru ni macam ramai pelanggan datang di kedai dia tu. Baru dia tau yang kedai dia ada masuk TV baru-baru ni sebab rakaman tu dia cakap macam bulan lepas lagi.


set yang aku makan


Ok, so nasi dagang tu rasa dia sedap. Nak makan macam tu saja pon boleh (aku bukan penggemar nasi dagang, tapi tekak aku boleh terima) dan aku suka kuah Gulai Ayam Kampung. Sedap!


So, sesiapa yang ke nak ke Langkawi nanti, boleh lah masukkan Nasi Dagang Pak Malau ke dalam list tempat makan yang harus dicuba bila di Langkawi.



You Might Also Like

2 comments

  1. Nasi dagang. Simple tapi mewah rasanya. Bila sampai Langkawi bolehlah try. Bila nak pergi taktahu.

    BalasPadam
  2. Rasa macam bersih gila kedai ni. Dekorasi pun cantik. For sure rasa selesa dan best makan kat sini. Apatah lagi kalau nasi dagang dia sedap

    BalasPadam