Kat mana nak check Covid-19 test di Penang?
Salam korang.
Aku nak share dengan korang tempat nak buat Covid-19 test di Penang.
Aku jumpa website ni masa aku google cari tempat/ klinik berdekatan rumah aku yang boleh check Covid-19 test ni.
Kat mana nak check Covid-19 test di Penang?
boleh tekan link di atas ya.
Boleh check di website ni ya. Antara senarai klinik panel. |
Tapi, kebanyakan klinik di sini menawarkan test RTK Antigen je, bukan PCR test.
Nasib baik lah kalau syarat nak naik flight, RTK Antigen (RTK Ag) test diterima. Lagi satu, RTK Ag test ni lagi murah berbanding dengan PCR test tau.
Kalau RTK Ag biasanya dalam RM150-RM200, PCR lebih kurang RM250 ke atas.
Masa buka website tu, aku jumpa beberapa klinik berhampiran dengan rumah aku. Risau juga takde dekat area rumah aku, sebab time PKP ni boleh gerak dalam 10KM je kan.
Alhamdulillah. Test ni ada dibuat di klinik berhampiran rumah aku.
Oh ya, aku tinggal di Bukit Minyak. Jadi aku masukkan details tempat di dalam website tu.
Aku buat RTK Ag test ni sehari sebelum balik ke Sabah. Result dia valid 3 hari je tau untuk masuk ke Sabah. Aku redha je la masa ni, walaupun risau ada kemungkinan flight aku dari Penang ke KK kena cancel.
Mulanya, aku ke Klinik Joe Fernandez di Juru, test ada tapi pukul 3 petang baru boleh buat test. Tak payah buat appt, boleh walk in. Aku lupa tanya harga berapa.
Tapi aku nak buat pagi tu. So, cuba cari klinik lain pula. Jadi aku ke Poliklinik HL, di situ ada RTK Ag test, tapi boleh buat pukul 3.30 petang, dan klinik ni kena buat appt terlebih dahulu.
Dekat sini baru aku teringat nak tanya berapa harga test RTK Ag tu. Staff dia cakap RM150. So, aku terus buat appt. Aku rasa harga ni murah jugak lah. Biasa dekat KK dalam RM170 macam tu.
QRPay Cashback Rewards. Alhamdulillah, jimat RM88 untuk test ni. Rezeki. |
2 comments
Nice sharing :)
BalasPadamAlhamdulilah..selamat kembali bekerja Syu. Semoga semuanya baik-baik je kat sana. Harga boleh tahan murah lagi tu. Bagus share, mungkin ada yang sedang mencari cari mana nak buat test covid-19 ni.
BalasPadam