Jogging di Tanjung Lipat - 19 Ramadhan
Salam.
Aktiviti yang dibuat pada 19 Ramadhan. Sebagai kenangan, jadi kita simpan di blog.
Semalam kan cuti. Jadi aku spend masa di rumah saja la.
Disebabkan ada masa terluang, petang tu aku ajak kawan aku, J untuk jogging di Tanjung Lipat.
Mulanya plan nak hiking di Bukit Padang, tapi hujan la pulak dari tengahari lagi. Hiking track confirm lecak.
Jadi kami decide untuk jogging di Tg Lipat. Aku ingat nak brisk walking je, sebab tak sahur kan pagi tu (terbabas). Tapi sebab kena ajak jogging juga, so aku jogging la.
Semput la juga, tapi nasib baik okay. Haha
Jogging tak lama mana pun, tapi aim nak tengok sunset. Dapatlah tengok sekejap sebelum langit bertukar mendung kembali.
Jom layan gambar sunset di Tg Lipat, Kota Kinabalu.
oh ya. Tanjung lipat ni sangat bermakna bagi aku. Ni lah antara sebab aku mintak untuk buat housemanship di Sabah dan sampai sekarang masih di Sabah. Setiap kali mak aku tanya bila nak balik kerja di Penang, setiap kali tu aku cakap aku tak tau. Kesian mak aku, tapi aku sayang nak tinggalkan Sabah. Tempat dia semua cantik-cantik. Banyak keindahan alam semulajadi.
Kali pertama aku ke Sabah pada tahun 2013 (4th year medical student) kalau tak silap aku dengan tujuan melancong.
Kecantikan Tg Lipat ni lah yang buatkan aku rasa nak bekerja di Sabah. Kononnya, kalau stress masa houseman, boleh terus pegi tempat cantik macam ni untuk release stress.
Tapi sebab housemanship terlalu busy, kadang-kadang je aku ke sini. Haha
Tapi aku selalu juga lalu jalan ni semasa dalam perjalanan untuk bekerja di Hospital Likas beberapa tahun lepas. Kenangan sangat..
kena tepek gambar sendiri juga satu, untuk kenangan haha
Ok Bye!
2 comments
cantiknya view 😍
BalasPadamcantiknya sunset..rindu nak tengok sunset tepi pantai
BalasPadam