Hobi baru - Berbasikal
Salam.
Setelah nak masuk 7 tahun aku menetap di Sabah, tercapai juga hasrat nak beli basikal sendiri.
Dari hari pertama aku sampai di sini, aku dah cakap nak beli basikal. Tapi 2 tahun lebih berlalu macam tu je sebab struggle dengan housemanship kan. Tak fikir sangat benda lain, yang penting nak habiskan housemanship je. Lepas tu. nak balik settle down di Penang. (kononnya, tapi sampai sekarang masih lagi berada di Sabah dan tak ada plan nak transfer balik lagi pon haha).
Hasrat nak beli basikal ni dah lama, tapi tu lah, sebab tak ada geng kan. Jadi malas nak fikir lebih.
So, sepanjang housemanship memang tak ada lah healthy lifestyle, exercise/ jogging amatlah jarang sekali.
Cuma sejak 2-3 tahun ni ada kesedaran nak dapatkan semula berat badan ideal dan menjalani gaya hidup yang sihat. Mula lah on and off diet. Macam-macam jenis diet dah cuba. IF (intermittent fasting), keto diet dan calorie deficit. So far, paling berkesan dan sesuai dengan aku adalah calorie deficit diet.
Keto diet buat 2 kali, kali pertama je berjaya. Kali kedua, berat static dan fat level je makin bertambah rasanya. dan keto diet ni, diet yang mahal la bagi aku. sebab good fat mahal-mahal barang nya.
So, now aku cuma akan buat calorie deficit diet & exercise sahaja.
Antara exercise yang dikatakan selalu juga aku buat adalah hiking dan brisk walking. Hiking biasanya di Bukit Padang sebab ni yang paling dengan rumah aku. Cuma kalau hiking ni kena kejar masa sikit la kalau hari bekerja. kena make sure gerak dari hospital tepat-tepat jam 5. kalau aku di klinik minggu tu, dapatlah keluar awal sikit. Tapi kalau di wad, hmm jangan haraplah. So weekend je la the best time untuk aku hiking.
Kalau brisk walk/ jogging pula biasanya di Tanjung Lipat. Sebelum aku pindah ke rumah yang aku tinggal sekarang, dulu selalu juga ke Tanjung Aru, tak pon ke Perdana Park. Sama ada pergi sorang atau berdua/ bertiga dengan housemate aku yang dah balik for good. *sedih pula tiba-tiba*
Jadi, 2 minggu lepas semasa berjogging/ brisk walk di Tg Lipat, aku terserempak dengan nurse ward aku, dia tengah berbasikal masa tu. Nampak je basikal nurse aku tu, terus aku cakap nak pinjam. Dan dapatlah naik sekejap pusing Tg Lipat.
Lepas tu, aku terus tanya dekat mana dia beli. Dia beli di Shopee je rupanya. Aku mintak share link dengan aku. Malam tu terus scroll Shopee dan terbeli. Eh terbeli. haha.
Bukan terbeli, tapi dah memang nak beli lama dah. Cuma timing je tak kena. Kali ni dah ngam la dengan timing.
Aku beli di Shopee hari ahad, hari jumaat minggu depan nya dah sampai. Alhamdulillah, cepat juga. Dan jumaat yang sama juga lah, PM kita umumkan total lockdown selama 2 minggu yang mungkin akan lebih dari 2 minggu.
Sedih rasa hati, sebab baru semangat nak naik basikal pusing Tg Lipat. Huhu.
Jadi, hari ahad & isnin, dapatlah aku curi masa naik basikal di sana. At least dapat naik sekali la, tak la sedih sangat. Hari ni dan seterusnya akan naik di kawasan rumah aje lah. Worst case scenario, aku biarkan je la basikal tu terdampar sampai habis total lockdown.
Berhenti sekejap menikmati sunset.
Duduk dekat situ sambil layan lagu ballad korea yang sedih. memang best. haha
5 comments
kayuh jangan tak kayuh hehe
BalasPadamwah menarik nya beskal beli kat shoppe je...
BalasPadamk ret beli beskal senam yg dalam rumah je kat shopee aritu..
Nak beli beskal kayuh kat luar, blm terniat lagi hahaha..
comelnya basikal tu.. iena teringin nak beli n berbasikal tapi xde geng huhu
BalasPadamLepas lockdown nanti bolehlah lepas bebas berbasikal sambil mengirup udara segar.
BalasPadamSekarang trend berbasikal semakin menjadi-jadi. Boleh dikatakan di mana2 boleh nampak sekumpulan cyclist berbasikal di sisi jalan. Tapi sekarang semua orang terpaksa berkurung jadi tak dapat nak teruskan hobi ini
BalasPadamJemput join
https://tarotthefool.blogspot.com/2021/07/merdeka-giveaway-by-tarotthefool.html