Tak sihat

 

Salam.

Dah seminggu tak update blog dan blogwalking.

Bukan sibuk, cuma tak sihat je. Alhamdulillah, hari ni dah bertambah sihat sikit. Baru la boleh online, dan menulis sikit.

Semuanya bermula hari selasa (15/6/21) hari tu. Hari isnin aku oncall, agak penat dari oncall yang biasa la. Tapi biasanya lepas dah qada tidur dan rehat, akan kembali okay.

Cumanya hari selasa malam tu (hari aku postcall), aku start demam. Memang rasa seram sejuk badan (chills) dan sakit sakit badan (myalgia).

Aku cuma telan panadol je malam tu, harapnya cuma penat. Tapi bangun pagi esoknya, badan masih lemah. Walaupun dah tak rasa demam. Aku ambil keputusan untuk mesej HOD (head of department) a.k.a boss aku, mengatakan yang aku tak sihat dan akan ke staff clinic untuk assessment terlebih dahulu. (sejak musim Covid-19 ni, boss aku dah inform semua staff awal-awal, kalau tak sihat jangan pergi kerja. Pergi ke staff clinic terus untuk assessment terlebih dahulu).

Jadi, hari rabu tu aku pon ke staff clinic untuk check up. Aku pon tak boleh nak 'diagnose' diri sendiri sakit ape, sebab cuma ada demam dan sakit-sakit badan je. Macam 'viral symptoms' je. Aku syak aku penat je sebab oncall. 

Tapi, disebabkan kita berada dalam pandemik Covid-19, aku kena check Covid-19 test (swab PCR). Jadi, aku dapat MC (medical certificate) 2 hari dan mengambil swab PCR untuk Covid-19.

Balik je dari staff clinic, perut aku mula meragam. 'abdominal cramps' dah start, diikuti dengan 'diarrhea' cirit birit. Hari rabu tu tak berapa teruk lagi, tapi hari khamis, aku kena masuk tandas hampir setiap jam. Khamis malam tu tak dapat tidur langsung sebab asyik terbangun sebab sakit perut dan perlu ke tandas.

Oh ya, pagi khamis tu dah check swab PCR aku, Alhamdulillah negatif. Tapi sebenarnya, aku agak risau juga, sebab kerja di hospital kan. Walaupun dah guna standard PPE termasuk N95 mask ketika di hospital tapi masih ada risiko juga untuk terkena jangkitan Covid-19. Masa tu rasa lega sangat sebab result negatif.

Tapi, itu lah..... khamis malam tu aku start cirit birit yang teruk pulak.

Jumaat pagi tu, aku ke staff clinic untuk reassessment. So, masa reassessment aku bagitahu la 'symptoms' yang aku alami dalam masa 2 hari tu.

Disebabkan cirit birit adalah salah satu simptom Covid-19, aku diarahkan untuk mengambil swab PCR kali kedua pula.



Antara ubat yang aku dapat selepas 2nd visit di staff clinic. aku diberikan antibiotics (doxycycline) sekali sebab diarrhea yang teruk.


Alhamdulillah, result kali kedua pon negatif juga. Cirit birit aku pon beransur bagus pagi ni jika dibandingkan dengan 4 hari lepas. (khamis & jumaat malam tak dapat tidur langsung sebab sakit perut sangat dan cirit birit). Aku rasa ni lah cirit birit aku paling teruk yang pernah aku alami.

Aku harap ianya cuma food poisoining saja.

Doakan aku ya korang, supaya cepat sembuh.

Rasa agak sedih juga, dengan homesick lagi bila sakit macam ni.

dan yang sedihnya, tak dapat makan sangat sebab takut makin teruk. huhu


Ok, itu sajalah coretan hari ni.


Happy weekend guys!




You Might Also Like

8 comments

  1. Semoga segera sembuh dan sihat-sihat selalu.

    BalasPadam
  2. Jaga diri Syu.... semoga kembali sihat seperti biasa...
    Alamakk cirit birit pun salah satu tanda covid eh? ok yg ni k ret terlepas pandang plak...
    Pasni kena alert juga la...

    Take care..makan ubat n rest!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah kak ret. cirit birit slh 1 tanda covid-19 juga.
      take care always ya!
      thankss

      Padam
  3. Alhamdulillah. Sekarang dah sihat. Take care.

    BalasPadam