7 months and counting

 

Salam.

Apa yang 7 bulan tu ya? 

Hmm..

7 bulan dah tak balik Penang, rindu keluarga. Rindu semuanya yang dekat sana.

Nasib baik awal tahun hari tu ada balik untuk buat rawatan 'Relex Smile'. Walaupun terkandas lagi seminggu lepas tu gara-gara PKP.

Kalau tak balik hari tu, kira dah setahun la tak balik...



Bila lah Covid-19 ni habis ya. Sabah pon dah 2 hari berturut 1000 kes ke atas.

Hmm. Tak tau nak cakap apa.

Sekarang pon HQE1 dah jadi full Covid-19 hospital.

Servis kesihatan lain terpaksa diberhentikan sementara waktu bagi menampung pesakit Covid-19 yang makin ramai.

Semalam pun di klinik aku baru buat gotong royong pindah barang, sebab satu bahagian akan dipinjamkan kepada jabatan lain utk klinik mereka.

Aku tak dapat nak tolong, sebab baru je check swab PCR hari jumaat, result masih pending masa tu.

Sebab ada contact dengan pesakit yang positif Covid-19.

Alhamdulillah, result dah keluar petang semalam, dan negatif semua staff yang ada kontak dengan pesakit tu.

Bak kata HOD (head of department) aku, assume everyone is infected nowadays. Huhu.


So, everyone. Please jaga diri ya.

We all can do this!



Rindu nak jalan-jalan. Kundasang pon jadi lah..





You Might Also Like

11 comments

  1. Keluarga saya semua dekat-dekat saja di Melaka. Ada seorang adik bongsu tercampak di Selangor. 2 hari raya tak balik..

    BalasPadam
  2. Yeah take care syu.. Awak lg laaa hampir2 dh ngan pesakit2 covid. Semoga cpt la dpt penawar kuman covid ni.. Rindu nak normal life balik kan

    BalasPadam
  3. For now, impian setiap orang nak balik kampung. Tapi dengan keadaan sekarang. harapnya covid cepat cepatlah berlalu pergi. boleh balik kampung dan jalan jalan dengan bebas. Alhamdulillah syukur result negatif. Semakin sesak hospital sekarang ni. Harap juga frontliner terus kuat menangani dan merawat pesakit covid.

    Hope you're in the pink of health. Tengok warna pink tu ceria terus :)

    BalasPadam
  4. Mengharap sangat dapat balik kampung nanti. Tak tahu bila akan boleh rentas negeri.. Lamanya tak balik kampung..

    BalasPadam
  5. Terakhir balik kampung waktu raya haji 2019! Ya Allah...dekat 2 tahun tak balik kampung!

    BalasPadam
  6. Sama2 la berdoa agar wabak ni segera berlalu..mental kebanyakan rakyat dh down

    BalasPadam
  7. lama tak balik ya, timm ni bernasib baik kpg dekat jer..be strong ya..

    BalasPadam
  8. Sehat terus kak. Aku dah jalan 10 hari isolasi mandiri. Alhamdulillah tes kedua swab udah negatif. Taoi badan berasa tak bisa gerak. Lemas kali. 😂
    Macam tak de tulang.

    BalasPadam
  9. Rinduuu serindu rindunyaaaa nak jalan ke sana sini tanpa risaukan kewujudan COVID..ahdoiii!
    Moga dipermudahkan urusan frontliner semua. AMIN

    BalasPadam
  10. kes covid skrg mmg sgt teruk dah mcm penyakit selsema biasa je dah kalau tgk bilangan harian tu.. take care ye

    BalasPadam