Hobi yang dah lama ditinggalkan
Salam.
Korang suka baca novel tak?
Aku sangat suka membaca novel sejak dari sekolah menengah lagi. Asalkan ada duit poket lebih, akan ke kedai buku dan beli novel.
Biarlah kena bebel dengan mak pon, tahan je telinga, haha.
Dekat rumah aku di Penang, ada 1 rak penuh dengan buku/ novel. Mungkin dah berhabuk di sana.
Di Sabah pon, ada juga novel yang dibeli 2-3 tahun lepas yang belum dibaca.
Aku ni sejenis yang nampak je kedai buku, memang akan masuk. Walaupun kadang-kadang tu masuk untuk tengok-tengok je.
Kalau sebelum ni, masuk kedai buku je mesti akan keluar dengan novel. Bukan 1 je, alang-alang dah masuk kedai buku kan, mesti lah terus beli 2 ke 3 buku haha.
Tapi sejak beli tapi tak dibaca pon novel yang dibeli tu, aku dah serik untuk beli novel. haha.
Jadi sementara tengah bercuti ni, sempat lah aku terasa bosan sekejap. Bila dah biasa buat kerja, tapi tiba-tiba tak ada kerja, lain perasaan dia tu.
Terpandang lah aku dekat rak buku di rumah. Terus grab novel lama yang dibeli tapi belum dibaca.
Ni lah novel yang menjadi pilihan aku.. Sambil minum kopi ais. hehe.
Ti Amo, SweetHeart 100 Hari! tulisan Suri Ryana.
Bye!
11 comments
Wowww tertarik dengan kopi tu la hehhe
BalasPadamDulu rajin jugaklah baca novel. Lepas tu beralih arah ke komik. Jenis lebih suka baca yang bergambar. hihi..Koleksi komik je lah banyak. novel kurang. Hobi baca komik pun saya dah tinggalkan dah. Sekarang dah banyak boleh baca online. Salah satu faktor tak membeli buku sangat. Tapi lebih feel banyak physical book kan :)
BalasPadamlama tak baca novel. sekarang apa apa mesti nak tgok video je huhu
BalasPadamKak Amie pun suka baca novel. Masalahnya kalau dah mula baca, tak boleh lepas. Lupa kerja-kerja ain. Kalau boleh makan pun sambil baca novel, nak bagi habis hihihiii.
BalasPadamBagusnya suka membaca.. celik akal fikiran.
BalasPadamSamaaaa! Dulu mmg baca Novel.. Tukar dgn kwn.. pinjam dengan member lagik.. tapiiiii . sekarang tak beli dahhh . takut tak terbaca.. ada je aktiviti lain nak dibuat.. jarang baca buku dah .. wahduhhhhh.. teringin spend time baca buku motivasi semua.... Cuma tuhla... arrangement masa tak dibuat sebaiknya... Kan
BalasPadamti amo.. mcm pernah tgk novel ni.. tak x ingat penah baca ke x.. mama dulu pun suka baca novel. tapi dah berpuluh tahun pencen hihi
BalasPadamdah lama tgal zaman membaca..syu
BalasPadamdulu zaman belajar suka jugaklah baca novel cinta macam tu, tapi sejak kerja ni lebih suka baca travelog, novel thriller atau buku motivasi. mungkin sindrom dah tak percaya cinta. opps. hehe
BalasPadamSuka jugak baca novel tapi sekarang dah kurang beli novel. cuma repeat-repeat baca favourite novels je :) takut dah start baca, susah nak letak tak siap kerja..hehe
BalasPadamsalam syuhada! blog yang cantik dan menarik. Content yang dikongsikan juga bagus... tahniah dan teruskan menulis kepada perkara-perkara bermanfaat...
BalasPadambtw, jemput ke blog sy dan blh follow jika sudi,, ;p https://akmalishak.blogspot.com