Shopee - Beli Inai Red Cherry

 Salam.

Nak share dengan korang barang yang aku beli di Shopee baru-baru ni.

Barang ape tu? Mesti lah inai, seperti yang tertulis di tajuk entri ni.

Sebenarnya, dah lama berhajat nak beli inai di Shopee, tapi asyik terlupa je. Jadi hari tu, scroll la shopee cari inai mana yang best kan.

Ada banyak jenis inai dengan harga yang berbeza. Ada yang murah, ada yang mahal. Aku baca review yang mana okay.

Last-last aku pilih inai ni.




Harga 1 botol ni RM15. Tak sure la mahal ke murah ke.



Inai diletak dalam bekas ni. Barang sampai dalam keadaan baik. Bekas tu pecah time nak buka (kawan aku yang buka) haha.



Ada 2 barang percuma juga. Boleh digunakan semasa memakai inai.



Review aku:

Nak pakai tu kena picit kuat sikit botol inai tu. Tapi yang bestnye inai ni, dia cepat kering. Lebih kurang dalam 10 minit je.

Lepas tu dah boleh cuci.

Setakat ni dah pakai 2 hari, warna masih merah cantik lagi la.

Tapi takpe, kalau dah kurang merah, topup je lagi inai ni. Botol dia agak besar juga la, boleh pakai banyak kali.


Tu la hasilnya (rujuk kuku ibu jari tangan). 
Gambar ni diambil hari kedua selepas inai dipakai.



Oh ya, semalam ada nurse dekat ward yang bawak inai picit yang untuk lukis inai di tangan tu. Kebetulan ada rakan sekerja aku yang pandai lukis inai tangan, apa lagi. Mintak dia tolong lukiskan inai di tangan aku la. Hehe.


Biasa buat di kedai je, tapi sekarang kan banyak kedai tutup. Jadi mintak tolong orang lukiskan aje lah. 



sila abaikan jari yang gemuks.


Hasilnyaa. 


Kalau nak cuba juga, korang cari je inai ni di Shopee. Bye!






You Might Also Like

12 comments

  1. Warna dia cantek laa! Dah lama x main inai2 ni hahah nnt nak cr gak laaa

    BalasPadam
  2. Dah cukup senang nak pakai inai sekarang.. Kalau dulu, malam berinai le pakai inai.. nak tunggu kering lagi, baru boleh tidur pengantin.

    BalasPadam
  3. Cantik warnanya. Boleh cuba juga nanti. Dah lama tak berinai..

    BalasPadam
  4. Lawa jugak warna dia. before bersalin Aien pun bantai beli inai. Lupa pulak nak main. Haha

    BalasPadam
  5. Cantik warna inainya. Merah pekat juga. Rajin Syu pakai inai. Saya jenis malas nak pakai inai. Huhu..

    BalasPadam
  6. Kita beli inai ni jugak tapi tu lah tak kreatif macam awak lah. kita buat kat kuku je hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. syu pon dkt kuku je. yg dkt tangan tu kwn yg tlg lukis. dia yg kreatif hehe

      Padam
  7. wahhh cntik lah.. wrna dia terang elok

    BalasPadam
  8. Cantikkkk.. macam teringin jek ni... Huhu

    BalasPadam
  9. su mencari inai jugak haritu, lepastu mcm tak yakin dengan dia punyai ingredients pastu terus cancel hahaha. tapi yg ni macam okay jeee, nak mngusha la nnti

    BalasPadam