Shopee - Perry Smith Mini Food Chopper
Salam.
Hari tu ada beli Perry Smith Mini Food Chopper di Shopee.
Beli ni sebab nak guna untuk blend cili padi ke, bawang etc.
Tak suka guna blender biasa sebab nanti kan hasil dia halus betul.
Nak guna lesung batu tu kadang-kadang malas sikit. Sebab akan bersepah sikit dapur dan tangan akan pedih lepas tumbuk cili haha.
Aku kan suka makan pedas, jadi selalu guna cili padi.
Haritu beli food chopper yang manual punya, takde brand. Tak sampai RM20 rasanya. Tapi kecil sangat saiznya.
Tu yang survey lagi brand lain lagi.
Hari tu aku tengok brand Philips dan Bear.
Yang brand Philips macam agak mahal, tak berbaloi aku rasa untuk aku beli sebab tak selalu guna juga.
Brand Bear pula dia punya food chopper besar sangat. Last-last aku pilih brand Perry Smith.
Saiz dia tak besar sangat, sesuai la untuk aku nak guna. Masak pon sikit je, untuk seorang je kan.
Alhamdulillah, barang sampai dengan selamat di Sabah. Seller packing dengan bagus.
Ada manual user. Boleh rujuk dekat sini cara nak guna.
Ianya cordless, so senang nak guna. Tak payah sambung dengan plug time nak guna.
Cuma kena make sure ada bateri je la sebelum guna.
setakat ni aku tak guna lagi (jarang masak kebelakangan ni). Tapi aku cuba test okay juga la.
Oh ya, macam biasa. sebelum aku beli barang di Shopee, aku akan gunakan Shopback dulu.
8 comments
Makin rajin guna nanti.
BalasPadamSenanglah nak memasak lepas ni..
BalasPadamHhahha ok ni kita tgk je dl.. X moh terjebak hahha
BalasPadamYg nilah sy cri heheh
BalasPadamTq for share
Makin cepat lah kerja memasak lepasni
BalasPadamSelamat berhujung minggu!
Boleh menaikkan semangat untuk masuk dapur
BalasPadamSelamat memasak ya. Famous jugak brand ni.
BalasPadamKalah membeli memang memakai ni. Senanglah ada mini chopper wireless. Senang kerja masak. Suka jugak yang blend kasar macam ni.
BalasPadam