The Warung, Kepayan
Salam.
Ni cerita minggu lepas.
Makan di sini dengan kawan aku. Bukan lunch tau, tapi breakfast.
The Warung antara kedai makan yang aku selalu pergi juga, sebab Nasi Goreng Lalap dia sedap, portion pon besar. Yang penting harga berpatutan..
Kalau makan pagi di sini, lunch aku boleh skip. Tinggal makan malam je, sebab kenyang dia sampai ke petang.
Selain tu, aku suka makan soto ayam dia juga. Murah dan sedap. Takde pula gambar soto ayam.
----
Ni entri pertama aku update minggu ni. Minggu ni sangat sibuk untuk aku. Sabtu pon aku oncall. Ahad iaitu hari ni, aku postcall. Tapi kena tidur sekejap dulu, lepas tu baru boleh buat kerja.
Basuh baju dan sidai, tapi hujan pulak. huhu.
Sekarang ni KK kerap juga hujan petang-petang. Tak kering la baju aku hari ni.
Dan sekarang, sangat banyak ke COVID dekat Sabah. Dalam 2 kali oncall minggu ni, banyak aku dapat case COVID juga. Datang sebab masalah lain, tapi bila check RTK Antigen, 100% positif.
Tak termasuk staff department aku lagi. 3-4 orang terkena jangkitan COVID untuk minggu ni sahaja. 2 kali juga aku kena buat swab PCR minggu ni. Alhamdulillah, negatif. Tolong doakan staff department aku yang positif COVID cepat sembuh ya korang.
Doakan aku juga ya. Memang risau juga sekarang, kena anggap semua orang positif dan tak boleh leka dengan SOP yang ditetapkan.
Sorry, dah lari dari tajuk pulak.
Oklah, nak blogwalking ke blog korang sekejap.
Thank you korang yang singgah blog ni.
Bye!
10 comments
Take care syu... Semoga dipermudahkan urusan kerja syu dan rakan2..
BalasPadamSemoga covid-19 ini segera berakhir. Kesian para frontliner dah 2 tahun bertungkus lumus memerangi pandemik ini.
BalasPadamMemang akhir-akhir ini jumlah covid mencanak naik di Sabah. Hari ini angka sudah mencecah 2638!
BalasPadamMudah-mudahan semuanya baik-baik saja di tempat kerja Syu. In syaa Allah, Dia akan sentiasa melindungi dari segala bahaya. Aamiin.
semoga kita semua dilindungi
BalasPadamaaminn
Oh kat sana boleh dine in ya? Semoga dipermudahkan urusan Syu juga 😊
BalasPadamsedapnya tengok nasi goreng tuh... kami ni lagilah lama gila tak makan di kedai makan huhuhu rindu
BalasPadamhati2 Syu
BalasPadamsama2. kita jga kita
Macam sedap nasi lalap tu. Memang kenyang makan portion besar macam tu. Sebagai peminat soto, haruslah sedap walaupun tak ada gambar. Take care Dr Syu dah semua staff serta frontliner. Semoga semuanya terus kuat di waktu pandemik ni. Aaminnn...
BalasPadamSemoga dipermudahkn urusan Syu bekerja dan semoga virus covid diangkat dari bumi. Amin
BalasPadamNasi goreng lalap . Nampak sedap .
BalasPadam