Kuey Teow Goreng Seafood
Salam.
Ni menu hari selasa baru-baru ni.
Masa ni baru lepas balik dari Bataras Supermarket. Pergi sini sebab ada banyak pilihan lauk macam ayam, ikan, sotong, udang, kerang dan banyak lagi.
Kalau Pick n Pay pula, biasa ada ayam je. Ikan yang ada pun, salmon je. Jadi, kalau nak makan ayam sahaja. aku pergi beli di situ la.
Dekat dengan rumah aku.
Bataras Supermarket pon tak adalah jauh betul dari rumah aku, maybe dalam 10 minit macam tu je.
Aku beli udang, kerang dan ayam hari tu. Teringat ada kuey teow dekat rumah.
Terus rasa nak makan kuey teow goreng seafood.
So, sampai je rumah terus masak. Tak sampai 30 minit, siap la kuey teow goreng seafood aku ni..
Kuey Teow Goreng Seafood
Telur mata tu goreng atas kuali non stick tanpa minyak, tu yang rupa dia macam tu. haha.
Resepi tak payah share kot, sebab ramai yang tahu ni. simple aje. hehe.
Oklah, bye!
2 comments
Sedap kuew teow simple macam ni pun. Ada udang ada telur kira sedap dah tu :)
BalasPadammenu simple tp membuka selera.. anak² sy mmg fav kuey tiaw ni
BalasPadam