Rezeki di hari jumaat

 

Salam.

Hari ni aku postcall. Balik rumah awal sikit dan dapatlah tidur dalam 2 jam macam tu.

Terbangun sebab alarm (nasib baik pasang alarm), pastu cuba tidur balik tapi tak dapat pula sebab ada jiran tengah repair rumah kot (macam macam bunyi ada). Terus tak dapat tidur balik. Geram juga la. Tapi tak boleh nak marah la, sebab diorang buat kerja tu waktu siang, bukan waktu malam pun. Cuma sleep cycle aku je yang lari. Haha

Hari ni walaupun postcall, kena pergi balik ke hospital. Untuk rehearsal program (virtual je) besok. Nak dekat pukul 8malam tadi baru selesai.

Tapi esok kena datang awal lagi untuk set up semua, pukul 7 pagi dah kena ada sana.

Sebelum balik tadi, singgah kejap di wad untuk solat dan pulangkan kunci klinik.

Rezeki hari jumaat, ada makanan extra keluarga pesakit bagi untuk staff. Ada banyak lebih, apa lagi, ambil la kan.

Tak payah fikir dah malam nak makan apa.





Bukan ada makanan je tau, ada snack juga dan ada buku surah Al-Kahfi dan terjemahan bersama dengan zikir counter.




Alhamdulillah, rezeki..










dalam 1 beg plastik ada semua ni..Banyak kan..



Terima kasih la kepada keluarga pesakit tersebut, semoga pesakit tersebut cepat sembuh ya. Aminn


dan doakan semoga program kami berjalan dengan lancar esok ya..

Terima kasih..


Bye!



You Might Also Like

7 comments

  1. Alhamdulillah
    Amiinnn! Semoga dipermudahkan segala urusan Doktor!

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah. Murah rezeki orang yang bagi tu. BTW lama tak makan gula-gula cap udang tu 😅.

    BalasPadam
  3. alhamdulillah rezeki.. =)
    semoga dipermudahkan urusan utk program tu..

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah.
    Rezeki jangan ditolah.
    Moga pesakit dipermudahkan urusan perawatannya dan cepat sembuh.

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah syukur. Rezeki Allah SWT yang tentukan.

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah... Rezeki dari Allah SWT.

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah..rezeki di hari jumaat.

    BalasPadam