Nasi Kandar Simpang Ampat - Pak Syed

 

Salam.

Ni kali kedua aku makan nasi kandar sejak balik ke Penang hari sabtu yang lepas.

Aku pilih untuk makan nasi kandar berdekatan rumah aku (bukan di area Georgetown).






Nasi kandar yang biasa aku makan ni terletak di Simpang Ampat. Di sini, ada beberapa kedai makan lain, selain Nasi Kandar Simpang Ampat - Pak Syed.

Kedai ni buka seawal jam 10.30 pagi. Jadi aku dan akak aku pon memang akan beli awal semasa kedai ni baru buka, sebab kalau lambat je, mesti kena beratur panjang.

Walaupun kami sampai 10.40pagi hari tu, dah ada yang tengah beratur, tapi nasib baik tak panjang sangat la barisan dia. Kalau tak, kena beratur setengah jam macam beli di Nasi Kandar Beratur hari tu. 

sebab nak makan, sanggup je beratur lama pun. haha. Kami beli bukan pada hari cuti tau, tapi hari bekerja. Orang ramai juga macam biasa.

Sebenarnya, semasa aku beli  Nasi Kandar Beratur hari tu, aku nampak kedai nasi kandar yang lain pun panjang betul barisan dia. Kebanyakan nasi kandar di Penang, mesti ramai orang dan beratur panjang.

Sebab dah boleh rentas negeri kan, ramai orang datang jalan-jalan di Penang sambil cari makanan sedap. Penang kan syurga makanan. haha. Hari - hari aku food coma. Rasa tak cukup cuti seminggu, banyak lagi belum makan😂




dah ada plastik bungkusan sendiri. Sebelum ni (hampir setahun yang lepas) macam belum  ada.

Aku nak beli telur sotong, tapi tak ada...



Jadi aku beli ayam goreng, sotong, telur masin dan sayur kubis.


Nasi Kandar Simpang Ampat - Pak Syed

No 8, Jalan Bukit Tambun, 14100 Simpang Ampat, Pulau Pinang

 012-485 1207



Bye!



You Might Also Like

2 comments

  1. orang johor tengok gambar ajelahh... jauh nak gi penang. hahaha

    BalasPadam
  2. Rindunya nasi kandar penang. Teringat makan kat kedai nasi kandar beratur. Staff laju macam robot pun masih pack

    BalasPadam