Bath and Body Works Wallflower

 

Salam.

Hari ni jalan-jalan di Imago Mall. Niat nak singgah Uniqlo je beli barang sikit. Nak beli online, takut tak sempat sampai.

Jadi gagahkan juga diri untuk ke Imago Mall walaupun tahu ramai orang di sana.

Alang-alang ke situ, aku ajak la Pini tengok movie sekali. Padahal baru je tengok movie Spiderman No Way Home minggu lepas 😁

Bila dah start tengok movie di cinema ni, dia macam ketagih nak tengok lagi. haha.

Kebetulan ada movie baru Kingsman 3. So, apalagi terus la book.


Sampai je di Imago, aku singgah Uniqlo beli barang sikit. Lepas tu, Pini ajak ke Bath and Body Works pula. Aku ikut je la, nak tengok-tengok juga barang apa yang ada.

Pini cakap dia nak beli Wallflower fragrance refills. Ada sales pula masa ni.

Aku pon tanya la Pini best tak guna Bath and Body Works Wallflower ni. Dia cakap best sangat, sebab boleh plug in je pastu biar buka 24 jam.

Balik rumah dan masuk bilik, bau wangi semerbak je. Terus aku terpengaruh dan terjebak beli. haha.

Dah lama nak cari pewangi bilik, sebelum ni pernah guna Ambi Pur. Tapi dah habis, sampai sekarang tak refill balik.

Jadi aku pon beli je Bath and Body Works Wallflower plug dengan refills dia sekali.

Mula-mula ingatkan semua barang ada sales, tapi rupa-nya certain pewangi je.

Tapi sebab dah pilih wangian yang nak, jadi beli ajelah walaupun bukan harga sales. Dah berkenan kan. Haha.



Aku beli plug dia dengan 4 jenis wangian refills. Harap-harap bertahan sampai next promosi. 


- Mahogany Teakwood (Pini yang recommend, dia suka bau ni).

-White Eucalyptus & Sage

-Japanese Cherry Blossom

-White Gardenia





Ni lah plug dia. Aku pilih yang paling murah, RM45. Beli yang paling murah dan simple je. 




wallflower plug bersama refills dia




Total hangus RM 164..



Ok, start next year kena diet dan berjimat....



p/s: korang pernah guna ?





You Might Also Like

4 comments

  1. Kak Amie belum pernah guna, tapi kalau terjumpa nak juga try.
    Syu nanti bagi details ye. Syu tersenarai pemenang teka daerah.

    BalasPadam
  2. wah bole try usha gak nanti ni!!!

    BalasPadam
  3. Tak pernah guna lagi. Macam menarik jugak Tengah aim Car Fragrance BBW. Nak beli jauh tu yang malas. Kalau pos, mahu 10 hari baru sampai. huhu...Tapi BBW bauan dia tak pernah mengecewakan. Bau best dan tahan lama pulak tu.

    BalasPadam
  4. Tak pernah guna lagi. Macam menarik jugak Tengah aim Car Fragrance BBW. Nak beli jauh tu yang malas. Kalau pos, mahu 10 hari baru sampai. huhu...Tapi BBW bauan dia tak pernah mengecewakan. Bau best dan tahan lama pulak tu.

    BalasPadam