KL Trip Jan 2022

 Salam.


 Weekend lepas aku dan kawan aku, Pini ke KL.

Kami ke sana untuk reunion dengan Hajar (ex housemate aka bff) & Eddy.

Dah lebih 6 bulan tak jumpa Hajar sejak dia balik ke KL for good.

Eddy pula dalam sebulan lebih, dia pon dah balik Kelantan for good.

Geng kami (The Bimbos - ni nama group je tau, kami bukan bimbo haha)

cuma tinggal aku dengan Pini je la di KK, Sabah sekarang.


Kami ke KL hari jumaat (14 Jan 2022), flight dalam pukul 7 malam macam tu. Lepas kerja, Pini ke rumah aku park kereta dan kami naik grab utk ke KKIA (Kota Kinabalu International Airport). Jarak rumah aku ke airport tak sampai 10km pon, tapi sebab waktu balik kerja jadi agak 'jam' sikit. Dalam 20-30 minit baru sampai ke airport. Biasanya tak sampai 10 minit pon ke KKIA.










Sampai di Airport, terus ke kaunter untuk print boarding pass dan masuk ke boarding gate. Flight boarding lambat sikit, tapi gerak on time.




Me & Pini. Both muka penat dan tak sabar nak tidur..



Ayam kurma - makanan dalam flight MAS.
Boleh tahan la.


 Sampai di KLIA dalam pukul 9.40 malam.

Kami naik grab je ke rumah Hajar di area Publika sana. Sampai je rumah Hajar, makan dulu. dah request dengan Hajar nak makan maggi goreng kedai mamak. haha.


Lepas makan, sembang-sembang kejap then terus tidur.

Penatnya tu, haha.



Esoknya, kami plan nak bangun lambat (tidur balik lepas Subuh). Ingatkan nak makan Nasi Lemak Wanjo di kedai dia, tapi sebab nak sleep in lagi, tapau je la.(husband Hajar yang tolong pegi tapau).


Bangun pagi tu, terus makan je. Sedap nasi lemak Wanjo ni. Kuah dia memang best, kat KK Sabah susah nak dapat.

Tu yang Hajar belikan kami nasi lemak, tau dah kami rindu makanan Semenanjung.




Nasi lemak, kuih muih (kuih karipap, burger malaysia)
 dan juga buah-buahan (jambu batu, ceri, dan limau)



Aku letak 3 jenis lauk - Ayam goreng, telur mata dan begedil

Hajar cakap begedil dia sedap dan portion pon besar. 


Lepas breakfast kami ke hotel untuk staycation.

Tapi sebelum check in, kami Hi-Tea dulu di Ritz Carlton Hotel.



Ni nanti aku cerita next entri. Kalau rajin buat haha.



You Might Also Like

6 comments

  1. wowwwww cuti2 ke KL rupanya dia..:p
    kita ni ntah bila nak staycation ke KK ni.. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah sementara covid masih terkawal. kang MCO balik, di KK je lah.

      cepat2 lah dtg KK kak ret..

      Padam
  2. Rentas Laut China Selatan ye Syu.

    BalasPadam
  3. wah..best best.. holiday!!! nasi lemak tu..wow!
    lama x naik kapal terbang....

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah lari daripada kesibukan kerja.

    BalasPadam
  5. Lepas kerja terus gerak memang penat. Demi cuti, takde hal lah kan. Seronok dapat bercuti dan reunion dengan kawan yang dah lama tak jumpa.

    BalasPadam