Mencuba %Arabica Coffee di Pavilion KL
Salam.
Entri berkenaan KL Trip 2022 lagi.
Kalau boleh, aku nak tulis semua entri berkaitan KL Trip ni. Sebab biasanya, aku cuma ada mood tulis 1-2 entri je, lepas tu ke laut. haha.
Mencuba %Arabica Coffee di Pavilion KL
Hajar cakap kalau ke Pavilion KL, boleh la cuba coffee ni. Tengah famous/viral sekarang.
Alang-alang ke Pavilion, aku pon cuba la coffee ni.
Masa mula-mula lalu kedai ni, aku tengok ramai sangat orang tengah beratur. Jadi aku cakap next time la try kalau datang sini lagi.
Tapi bila nak keluar Pavilion, nampak tak panjang sangat dah barisan, aku pon oklah, jom beratur.
Dalam 10 minit beratur, sampai la turn kami order coffee.
Tak banyak sangat pilihan yang ditawarkan.
Aku ambil Mocha Coffee. Ada nama lain, tapi aku lupa.
Harga 1 cup dalam RM20.
Bagi aku,
rasa dia biasa-biasa je. Starbucks lagi sedap kot. Zus Coffee pun lagi sedap aku rasa.
dan harga dia sangat pricey.
Ni first time aku cuba, dan maybe yang terakhir, kecuali ada yang belanja haha.
Dekat sini ada juga dijual merchandise %Arabica.
dan harga dia hanya mampu tengok je 😂
Bye!
3 comments
kopi je pon dh dua poh hinggit.. mahal giler 😅😅
BalasPadamAmboi mocha je RM20? Overpriced sangat tu. Kita ni bayar share sewa kedai dia je nampaknya haha
BalasPadamPavi pun tak pernah jejak lagi Syu. Setakat lalu je lah. Memang pricey lah Syu dengan saiz cup besar tu tanpa accesories. Sekali rasa tu je lah kan cerita dia.
BalasPadam