Twin Cafe Sup88, Simpang Ampat

 

Salam.

Kalau balik ke Penang dan nak makan bihun sup. aku akan beli di sini.

Kedai ni tak jauh dari rumah aku, dalam 10km je.

Biasa beli bungkus dan makan di rumah, sebab lagi selesa.


Twin Cafe Sup88, Simpang Ampat


Kedai makan ni dah banyak berubah daripada kali pertama aku ke sini sampai sekarang. Makin maju dan famous.

Packaging pon ada nama kedai sendiri, dan harga pun aku rasa dah naik. 

Tapi tulah, harga makanan di kedai sekarang makin mahal. Nak murah, masak sendiri la kan. Haha.


Macam biasa, aku beli bihun sup ayam sebungkus untuk aku, dan akak aku beli nasi goreng ayam.

Total RM14






packaging baru. kalau dulu, bungkus dalam plastik je.






sebab kenyang lagi, ambil gambar je la dulu..






banyak isi ayam dia. aku suka ayam macam ni kalau makan bihun sup, daripada isi ayam yang dicarik halus.


Kami singgah di sini selepas balik dari Balik Pulau, pergi makan di Eryna Cafe Curry Claypot.


Saja beli siap-siap walaupun perut masih kenyang, sebab bila dah sampai rumah nanti nak keluar tu malas dah. Dengan cuaca yang panas terik, baik duduk di rumah je.

Aku rasa KK tak ada lah sepanas di Penang (maybe aku yang tak rasa panas sangat di KK sebab duduk dalam bangunan hospital yang ada aircond je kot).



Twin Cafe Sup88

 2B, Jalan, Taman Puteri Gunung, 14120 Simpang Ampat, Penang



  

You Might Also Like

5 comments

  1. Fuhhh nampak menyelerakan. Lama tak ke Simpang Ampat.
    Betul tu, bila kedai dah ada packaging custom, mmg akan jadi lg mahal..
    Branding pun penting, tp kadang2 rasa bazir, sbb last2 kita buang pun bekas tu haha..

    BalasPadam
  2. Suka makan bihun sup utara sebab warna kuning tu menarik. Dulu masa dok penang agak pelik dengan bihun sup dia warna kuning dan sambal tumis merah tu. Lain betul dari bihun sup selatan putih dan makan dengan sambal kicap. Lepas tu terus suka dengan bihun sup utara ni. Suka jugak jenis macam ni sama macam Syu. Agaknya harga mahal pun sebab upgrade packaging jugak selain harga mentah makanan dah naik.

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Tak puas makan kalau ayam carik halus kan Syu. Kak Amie kalau buat carik juga tapi kasar-kasar.

    BalasPadam