Nasi Goreng Seafood
Salam.
Minggu ni kawan aku Inah datang ke KK, Sabah. Dia akan stay di sini selama 2 minggu.
Jadi, semalam kami ke pasar, beli makanan laut (udang, ikan, sotong, ketam) dan juga daging.
Semangat nak masak macam-macam, siap ada list lagi.
Tapi Inah la yang masak, sebab aku kerja macam biasa. Kerja dia flexible, sebab tu boleh tinggal di KK lama sikit.
Sambil bekerja, sambil cuti juga.
Tadi pagi pergi hiking di Bukit Padang setelah berbulan lamanya tak ke sini sejak tahun lepas.
Ni pula kali pertama aku hiking selepas turun daripada Gunung Kinabalu awal bulan lepas (tak sempat buat entri lagi, sebab masih sedih tak dapat puncak disebabkan cuaca yang kurang baik).
Ok, berbalik kepada tajuk entri.
Lepas hiking, aku terus ke dapur masak nasi goreng seafood + ayam. Simple, sedap (kata Inah) dan mengenyangkan.
Nasi goreng seafood. Di sebelah tu ada bunga lily. Baru satu kopak yang berkembang.
dari sudut lain pula.
*ada treadmill hiasan di situ (dah lama tak guna) haha
Selamat menjamu selera..
7 comments
Menyelerakan.. namun masa kena covid yang lalu, selera makan pun kurang.. Saya turun 2 kilo berat badan.. Huhu
BalasPadamTempting tengok nasi goreng seafood Syu. Food plating menarik macam kat kedai. Pasni bolehlah bukak treadmill bukan sekadar hiasan tu. hehehe
BalasPadamyum yum sedapnya. cantik presentation food
BalasPadamGambar menu & background, in..Terus nampk sedap nasi goreng tu..hehe
BalasPadamGambar menu & background, in..Terus nampk sedap nasi goreng tu..hehe
BalasPadamWah, nasi goreng mewah ni Syu.
BalasPadamKak Amie lama tak gunakan treadmill, sekali nak guna rosaklah pula.
Sedap nasi gorengnya Syu..
BalasPadam