Bazar Ramadhan

 

Salam.

Akhirnya dapat juga jejakkan kaki ke Bazar Ramadhan tahun ni.

Selepas beberapa tahun, dapat juga pergi.

Aku pergi di Bazar Ramadhan berdekatan dengan rumah aku je.

Rasanya macam dah tak banyak gerai yang ada. Tapi aku rambang mata juga la, macam nak beli je semua makanan.

Nasib baik dapat kawal nafsu makan, ambil yang mana betul-betul akan dimakan je.

oh ya, ni cerita minggu lepas masa aku balik Penang baru-baru ni, , baru sempat nak tulis entri haha.


Jom tengok makanan apa yang di Bazar Ramadhan Alma.


Nasi lauk campur.



Aku beli sambal ikan keli, dah lama tak makan.



Ayam masak merah. Lauk ni favourite ayah aku, setiap kali bulan puasa mesti akan ke sini untuk beli.

Salah satu tujuan aku balik ke Penang sebab nak makan ayam masak merah ni juga la.




Ada sate ayam & daging.

Aku beli 10 cucuk sate ayam, 10 cucuk sate daging



kuih muih, mak aku yang beli. Ada tepung bungkus etc


Nasi Kandar. Aku tengok je, sebab nak beli esok dekat kedai nasi kandar kegemaran aku.


Kami pergi ke bazar dalam pukul 4 petang, orang tak ramai sangat lagi.

malas nak bersesak.



Popia goreng.

Sedap popia dia, sangat rangup.



Gerai pasembur.




Cucur udang



Beli 2 biji cucur udang, yang lain-lain beli tauhu goreng, sosej goreng, telur goreng.

Tak boleh beli banyak, takut nanti tak habis.



You Might Also Like

2 comments

  1. perghhh byk gila kuih muih lauk pauk dia...
    byk pilihan :)

    BalasPadam
  2. Uishh..banyak betul makanan sedap sedap. Rezeki balik kampung dapat jugak apa yang nak dimakan.

    BalasPadam