Esok nak balik Penang
Salam.
Lama tak update blog. Agak busy bulan ni.
Hari ni dapat lah online kejap, aku sengaja ambil cuti untuk berehat. Esok akan balik ke Penang selama beberapa hari - nak ke Bazar Ramadhan haha.
Sejak aku kerja di Sabah dari tahun 2014, rasanya aku dah tak pernah ke Bazar Ramadhan di Semenanjung lagi.
Iya la, masa awal-awal di Sabah kan zaman HOship (housemanship), zaman yang ko tak kisah pun ko dapat balik beraya ke tidak. Asalkan ko boleh tamatkan HOship dengan jayanya.
Lepas habis HOship, bermula pula zaman MOship sampai lah sekarang. Jarang ambil cuti time bulan puasa, biasanya ambil cuti nak dekat raya ataupun balik beberapa hari selepas raya.
Jadi, tak dapatlah ke Bazar Ramadhan di Semenanjung. Di KK, Sabah ada je Bazar Ramadhan, cuma memang lain la daripada di Semenanjung. Banyak makanan dan kuih muih yang best tak ada. Kebanyakan gerai Bazar Ramadhan di KK menjual sayap ayam. Yang lain, makanan biasa saja.
Susah nak jumpa kuih muih macam di semenanjung ni.
Itu yang tahun ni plan nya, nak balik cuti sekejap di Penang pada bulan Ramadhan, antara sebab nya adalah untuk ke Bazar Ramadhan haha.
Selain tu, mesti lah nak jumpa family tersayang, dah lama tak balik ke Penang. Dah hampir 4 bulan tak balik berjumpa keluarga.
Ingatkan nak tunggu raya je, tapi hari tu aku ada beli AirAsia Super App yang berharga RM639 kan, jadinya dapat lah tiket murah return KK - Penang - KK yang berharga RM 46 sahaja.
Nak bagi lagi berbaloi beli AirAsia Super App tu, kena lah kerap beli tiket kan.
Next month akan ke Kuching pula. Tak pernah lagi jejakkan kaki ke Sarawak. Harap-harap tak ada halangan untuk ke sana nanti.
Plan nak ke Sarawak dari tahun 2020 lagi, tapi tak dapat pergi sebab Covid-19. Nasib baik dapat convert jadi Air Asia credit points. Boleh guna untuk beli tiket lain pula.
Eh, tiba-tiba banyak pula cerita pasal Air Asia ya. haha.
Ok la, itu saja update kali ni, Nak blogwalking ke blog korang jap.
gambar takde kaitan haha
Selamat berpuasa semua !
6 comments
wah welcome home Syu...
BalasPadamselamat pulang ke semenanjung hehehe..
puasa dengan family la best kan.
kita pun dah lama x gi sarawak... tu la mcm plan nak ke KK jun nnt...
kita plan je dl kan
Tapi dengar cerita harga tiket flight ke Sabah mahal masa raya nanti
BalasPadamSelamat pulang ke Pulau Pindang.
BalasPadamSalam kenal. Kalau nak ke Sarawak, jangan lupa isi borang enterSarawak. Takut kelam-kabut pulak kat airport.
BalasPadamWah saya berada di blogger seorang Doktor! Cakap pasal tiket kapal terbang ni, haritu beli baju raya terjumpa orang sabah. Dia cakap ticket mahal nak balik. Ada satu tu dia kata nak balik dari Tawau ke KL satu kepala 1200. Allahu mahal.
BalasPadamAda juga rezeki dapat balik semenanjung. Dapatlah ke bazaar kat kampung kan. Faham sangat, Dah jadi Doktor lagilah sibuk kan Syu.
BalasPadam