Hiking & Roti Canai Sarang Burung
Salam.
Hari ni di Sabah masih cuti sempena Kaamatan. Cuti sampai besok. 4 hari cuti dari hari sabtu hari tu. Ni lah kelebihan duduk Sabah, ada extra cuti selain elaun. hehe.
Sebab dah lama tak pergi hiking, maka hari ni tertunai lah hasrat nak hiking semula sebagai latihan sebelum ke Gunung Kinabalu lagi sekali.
Jan 2022 hari tu tak dapat naik ke puncak disebabkan keadaan cuaca yang tak mengizinkan, harap-harap yang akan datang ni dapat lah naik ke puncak.
2 minggu lepas dah hiking Puncak Donggiranuk di Kota Belud, minggu lepas pula dah hiking sikit di Bako National Park Kuching Sarawak, ingatkan kali ni hiking tak penat la. Rupa-rupanya penat jugak. Yelah, asyik makan je kan, berat pon dah menaik tak turun-turun dah huwaa.
Aku hiking tempat biasa je - Bukit Padang. Dah selalu naik sini, tapi mesti akan penat juga.
Tapi kali ni cepat juga la naik, sebab masa menaik tu aku cuba ingat balik masa mendaki di Puncak Donggiranuk dulu, berganda-ganda susah nya.
dari jauh, boleh nampak Gunung Kinabalu.
Dah hiking, pergi cari breakfast la pula.
Aku makan di BTC berdekatan rumah aku je. Nampak menu Roti Canai Sarang Burung, terus pilih yang ni. Nak makan di Penang hari tu tak dapat, makan di sini je la.
Roti Canai Sarang Burung
Alhamdulillah, kenyang dan penat. Time untuk sambung tidur.
9 comments
Hiking best kan tgk alam
BalasPadamfuh mmg sedap pekena roti canai canai sarang burung selepas penat hiking
BalasPadamCantiknya pemandangan.
BalasPadamTerliur tengok roti canai sarang burung tu.... sedapnya!
Bestnya hiking.. Lepas hiking dapat pula makanan yang sedap.. Memang kenyang dan happy..
BalasPadambestnya hiking. lama saya tak hiking. selamat bercuti dan berehat
BalasPadambakar kalori then refill semula kalori..balance!
BalasPadamseronoknya dapat hiking..rasa mcm minat tapi rasa mcm tak mampu sebab dah makin tua hehee
BalasPadambestnya hiking sambil sarapan.. roti tu terliur tgk
BalasPadamLepas mendaki kena makan.
BalasPadamNikmat makan masa itu.