Bibimbap homemade simple

 

Salam.

Hari isnin hari tu tiba-tiba rasa teringin nak makan makanan korea bibimbap.

Ada daging korban mak aku bungkus untuk aku hari tu, dah siap rebus separuh masak.


Jadi balik je kerja hari isnin hari tu (walaupun sampai rumah dah nak dekat 7 malam), gigih juga aku ke dapur untuk buat bibimbap. Sebenarnya mudah sangat, sebab ada ada paste. Aku beli dekat shopee - MariMogo.

Aku cuma tinggal potong carrot dan celur, dengan celur bayam je. Cendawan dengan timun tak ada, jadi aku skip je tu.

Daging rebus yang ada tu aku hiris nipis & masak sikit lagi, letak sikit kicap manis, sesame oil dengan black pepper.

Tapi sebelum tu, aku masak nasi dulu la. Aku guna beras korea (calrose rice) yang dibeli sebelum ni dekat shopee - MariMogo juga. Memang aku pelanggan setia MariMogo tau.

Dah siap semua, tinggal goreng telur mata je. Sedia untuk dimakan.




Aku susun semua bahan-bahan tadi dalam mangkuk stainless steel korea dulu.

Kimchi pon aku guna stir fried kimchi dari MariMogo.



Lepas dah ambil gambar, baru gaul-gaul.



Hasilnya sebelum dimakan.


Sebab buat sendiri & tengah lapar kan, aku rasa sangat sedap haha.


Malam ni rasa macam nak buat sundubu jjigae pula.


Bye!


You Might Also Like

4 comments

  1. adoiii sedap gak jigae kan... lama plak rasa nya x buat sndri

    BalasPadam
  2. Ala, menu awak nie membuatkan akak terasa lapar pulak... nom..nom...nom...

    BalasPadam
  3. masitda....eh tiba2 nak cakap korea pulak

    BalasPadam
  4. bibimbap pun ada paste eh. kena explore marimogo ni..Jom makan :P

    BalasPadam