Cari lemang untuk raya esok
Salam.
Hari ni kami keluar ke Aeon Big untuk beli barang dapur. Ingat lepas tu nak beli nasi campur untuk makan tengahari. Tapi cari 2-3 kedai makan yang biasa kami makan, semuanya tutup.
Lama tak makan nasi campur, tu yang teringin nak makan.
Tapi dah banyak kedai tak buka, aku decide beli nasi kandar aje lah di Nasi Kandar Yasmeen.
Aku beli guna grabfood je, sebab malas nak beratur panjang di kedai dia.
Pejam mata aje lah bayar cas penghantaran RM6. Yang penting tak perlu bersesak dan beratur panjang.
Tapi sebelum cari kedai makan, kami singgah beli lemang dulu di Machang Bubuk. Tempat biasa ayah aku beli lemang tiap kali raya.
Lemang Machang Bubuk
Lemang dia sedap, berlemak dan cukup rasa dan yang paling penting masak dengan elok.
Aku tak makan sangat lemang, sekadar rasa macam tu je. Dan memang sedap la lemang ni.
Dulu ayah aku pernah beli tempat lain, dan ada yang tak masak dengan rata dan kurang rasa.
Sejak jumpa kedai lemang di Machang Bubuk ni, sejak tu la akan beli di sini je. Tak beli dekat tempat lain sebab takut nanti tak kena dengan tekak atau tak masak dengan sekata.
Beli 3 batang lemang je, harga dia ikut saiz.
Mak aku beli 2 batang lemang sederhana besar (RM16 dan RM18) dan 1 batang lemang saiz kecil RM6. Mak aku suka beli yang kecil ni untuk makan sorang, dan lagi berlemak katanya.
Pak cik ni tengah potong buluh lemang separuh, senang nak buka.
Lepas tu balut dalam kertas tu.
Dah sampai rumah, mak aku terus makan masa panas-panas lagi.
Aku rasa sikit je tadi, dan memang berlemak. Kalau ikutkan nak makan banyak, tapi risau sejak 2 menjak ni diet ke laut.
Ni kalau check level lemak ni, mesti naik dah haha.
Kena berjaga-jaga sebelum terkena.
Maklumlah, aku kan kerja di bahagian jantung, jadi ramai la aku tengok pesakit yang kena serangan jantung, jantung lemah. Kebanyakannya mesti ada masalah lemak tinggi, kencing manis dan tekanan darah tinggi.
ada juga pesakit yang muda dan risiko mereka, hanyalah seorang perokok.
Jadi jangan pandang rendah ya untuk yang merokok, kerana risiko serangan jantung sangatlah tinggi.
Eh, termelalut pula. haha
Selamat Hari Raya Aidil Adha!
1 comments
Pernah terbeli lemang tak masak, teepaksa kukus sendiri. Adeh
BalasPadam