Mendaki Gunung Kinabalu 20-21 Ogos 2022

 

Salam.

Pengalaman yang sangat indah bagi aku. Akhirnya niat untuk jejakkan kaki di Puncak Gunung Kinabalu (Low's Peak) tercapai.



Perjalanan dari KK bermula seawal 5 pagi 20 Ogos 2022 (Sabtu). Aku pergi bersama 2 orang kawan aku. Kami berkumpul di hospital dan memulakan perjalanan dari KK ke Kinabalu Park.

Jalan agak lenggang pagi tu, jadi kami sampai di Kinabalu Park tak sampai 2 jam pun. Alhamdulillah dipermudahkan perjalanan.

Risau juga kalau stuck dalam jem ke pagi-pagi macam tu, nanti sampai lewat pula di Kinabalu Park.

Kawan aku parking kereta di luar Kinabalu Park (bahagian sign board  Kinabalu Park). Dan kami jalan kaki naik ke atas (Kinabalu Park Office). Kena bayar RM3 seorang untuk masuk ke Kinabalu Park.

Ni kali kedua cubaan untuk mendaki puncak Gunung Kinabalu, kali pertama tak dapat naik ke puncak sebab cuaca kurang memuaskan. Jadi kali pertama sampai ke Laban Rata sahaja lah. Memang berdoa sangat-sangat yang kali ni dapat naik ke puncak dengan cuaca yang bagus.

Sampai di Kinabalu Park, kami perlu mendaftar terlebih dahulu. Kena sediakan satu salinan IC dan berikan semasa pendaftaran. 

Untuk mountain guide, kena bayar RM230 (1 guide maximum untuk 5 orang pendaki sahaja). 

Manakala khidmat porter pula RM13 untuk 1kg pergi dan balik. Bagi aku sangat murah juga, sebab ianya untuk pergi dan balik. Kalau boleh, sangat digalakkan untuk mengambil porter, untuk kurangkan beban di bahu korang. 
Cuma bawak beg kecil je (untuk letak benda penting contohnya air minuman dan juga snacks/ choc bar/ makanan) yang sangat korang perlukan ketika mendaki nanti.

Oh ya, jangan lupa makan painkiller atau panadol juga ya. Untuk kurangkan sikit sakit otot ketika mendaki nanti.


Sebelum bergerak ke puncak, boleh la menggunakan tandas yang disediakan di Kinabalu Park. Kosongkan mana yang patut sebelum mula mendaki. Tapi jangan risau, sepanjang perjalanan ada terdapat pondok untuk berhenti rehat dan juga tandas.

Tandas di pondok aku tak pasti ok ke tak, sebab tak guna.


Guide kami, uncle Johan merangkap porter juga, sebab masa ni dah tak ada porter yang available. Jadi uncle buat 2 kerja la, jadi guide dan juga porter. Nasib baik barang kami tak berat sangat.

Walaupun jadi guide dan porter, uncle Johan sangat fit dan laju. Katanya 2-3 kali seminggu naik Gunung Kinabalu. Hebat sangat.





Dari Kinabalu Park untuk ke Timpohon Gate (tempat permulaan pendakian), kami menaiki van yang disediakan. Kena bayar RM9 tak salah aku. Kawan aku yang bayar masa ni.

Perjalanan dengan van dalam 10 minit je untuk sampai ke Timpohon Gate.




Kami start mendaki lebih kurang dalam pukul 8 pagi, dan Alhamdulillah aku sampai ke Laban Rata dalam 2 petang. kawan aku yang 2 orang sampai lagi awal dari aku.

Better gerak awal dan sampai awal, supaya boleh mandi dan rehat awal.

Aku mengambil masa lebih kurang 6jam dari Timpohon Gate ke Laban Rata.


Nak cepat sangat, aku tak mampu sebab kurang training. Kali ni lagi kurang training dari bulan Jan 2022 yang lepas.


Sampai di Laban Rata, terus ke Lemaing Hostel dan berehat. Sebab berpeluh sangat, dan badan tak selesa aku gagahkan juga mandi dengan air yang sejuk. Kalau tak mandi time tu, nanti malam lagi sejuk. 

Dah siap mandi, berehat dan cuba untuk tidur. Dinner nanti pukul 4.30 petang. Awalnya dinner?

Ya, kena dinner awal dan kalau boleh tidur lepas dinner. Esoknya awal pagi dah kena bangun untuk naik ke puncak pula.

Dinner kalau tak salah aku dari pukul 4.30 petang hingga 7 petang aje. Buffer dinner.

Kalau pendaki yang sampai lambat, dah tak ada makanan buffet, rasanya diorang akan bungkuskan je.





Lepas dah dinner di kafe Laban Rata, kami membeli poskad dan menulis pula. Aku post 1 untuk diri aku, family dan 2 orang kawan baik aku. Kami ke Pendant Hut untuk membeli dan menulis poskad.

Cantik poskad yang dijual di sini. Aku tak plan pon nak menulis poskad, tapi dah kawan aku ajak, aku pon terikut juga. Best juga tulis poskad untuk diri sendiri. haha.

Selesai urusan poskad, kami balik ke hostel. Sampai je hostel dalam pukul 7 malam, gelap dah hostel dorm kami. Rupanya yang lain dah siap sedia untuk tidur.

Aku pon kemas-kemas barang untuk dibawa ke puncak dan pakai baju untuk ke puncak siap-siap.

Aku pakai 1 lapis heat tech, t shirt lengan panjang dan selimut guna sleeping bag dan selimut yang disediakan untuk kekal panas.

Dapat juga tidur malam tu, Alhamdulillah. Cuma kadang-kadang terbangun, tapi tak kerap sangat. Boleh rasa jantung sangat laju (palpitation). Nadi ketika rehat masa tu dalam 100/ minit. Agak lagu kalau dibandingkan dengan nadi rehat dalam 60-70/minit kalau di bawah.


Aku terjaga dalam pukul 1pagi. Masa ni ramai yang dah bangun untuk bersiap-siap ke kafe untuk supper. Supper start dari pukul 1.30pagi hingga 2.30 pagi. 

Kami supper dalam pukul 2pagi, dan mula menaiki ke puncak pada 2.30 pagi.

Aim kena sampai ke check point Sayat- Sayat sebelum 5.30 pagi. Kalau terlambat, dah tak boleh naik ke puncak lagi.

1km juga perjalanan ke check point Sayat - Sayat dan aku sampai di situ pada pukul 4.24 pagi. 

Aku tak berhenti lama di situ, dan teruskan perjalanan untuk ke puncak pula.

Perjalanan dia sangatlah mencabar dengan altitude yang tinggi, cuaca yang sejuk pula. Cuma boleh melangkah perlahan-lahan saja.

Jalan dia pula berbatu-batu, kena pijak dengan berhati -hati. Kalau salah langkah, tak dapat nak bayangkan.





Ada juga yang terlampau curam, dan kena naik menggunakan tali yang disediakan. Bagi aku, sangat mencabar, pengalaman baru untuk aku.

Alhamdulillah, aku berjaya sampai ke Puncak Gunung Kinabalu pada pukul 6 pagi.

Syukur yang tak terhingga. Alhamdullillah.

Rasa sangat berbaloi dengan penat lelah naik ke puncak.



belakang tu adalah ' Gorilla Face Peak'


Muka excited + happy. Priceless experience!


Dah siap bergambar di puncak, kami turun semula ke Laban Rata. Perjalanan turun ni lagi mencabar, sebab cuaca dah cerah, boleh nampak gaung di bawah. Takut pon ada juga. Yang penting, kena sangat berhati-hati.

Sampai di Laban Rata dalam pukul 8.50 pagi, kami terus ke kafe untuk breakfast. Lepas tu masuk semula ke hostel dan kemas barang dan siap sedia untuk turun semula ke Timpohon Gate.

Masa ni kaki dah start sakit dan kurang memberi kerjasama dengan otak. Kena paksa kaki untuk melangkah turun. 


Sampai sekarang kaki masih sakit. Nasib baik ambil cuti 2 hari. Harap-harap esok kaki dah kurang sakit. Esok dah start kerja.


k bye!

 









You Might Also Like

3 comments

  1. hebat! Tahniah sis! Seronok baca pengalaman orang. Sendiri teringin tapi kena train dulu lah sebelum pergi kalau tak memang semput.

    BalasPadam
  2. waaa bestnyaaaa.. busyra teringin nk ke sana.. busyra minat hiking!

    BalasPadam
  3. Boleh share kos keseluruhan naik gunung kinabalu sis?

    BalasPadam