9 huts on a hill, Kudat
Salam.
Hujung minggu lepas (8-9 Oktober 2022) aku ke Kudat pula.
Weekend sebelum nya aku ke KL. Ada je kan aktiviti hujung minggu aku.
Rasa penat juga la sebab tak ada hari yang betul-betul bermalasan di rumah je. Tapi, takpe sebab jalan-jalan tu pon cara untuk destress diri sendiri.
Kali ni kawan aku, Atim pula yang datang KK dari KL. Kalau ikutkan, Atim pon sebulan sekali akan datang KK.
Sebelum ni pon dia kerja hampir 3 tahun di KK, balik KL pon sebab sambung master. Atim pon ex-housemate aku juga di KK. Kami study di UKM, sama batch. Tapi sejak dia datang kerja di KK lepas tamatkan HO-ship kami jadi rapat sebab tinggal sekali.
Atim yang ajak pergi Kudat. Nak stay di 9 huts on a hill. Sebelum ni kami pernah menginap di sini, tak salah aku pada tahun 2018. Lepas tu Atim ada pergi lagi sekali dengan rakan sekerja dia kot.
Disebabkan lama juga tak ke Kudat, aku pon setuju aje lah. Dah beberapa kali Atim datang KK tapi tak pergi jalan jauh pon. Lepak di KK je, dan join medical camp. Tak sempat lagi aku nak buat entri pasal medical camp ni.
Ok lah, berbalik kepada tajuk.
Kami tinggal di sini semalam je. Aku buat online booking di Agoda. Dan aku tak lupa juga gunakan akaun Shopback sebelum buat booking ni.
9 Huts on A Hill, Kudat
Aku book di Agoda dengan harga RM240 untuk 1 malam.
Di sini ada 9 huts je tau, sebab tu nama tempat ni 9 Huts on A Hill.
Di depan tempat ni, ada pantai tau. Walking distance je. Dari bilik pon nampak.
Nama pantai ni adalah Pantai Bak Bak.
Dulu masa aku ke sini, ada basikal yang boleh dipinjam untuk naik sekitar kawasan ni. Tapi rasanya basikal tu dah rosak sebab tak digunakan ketika Covid-19 hari tu.
Masa kami pergi ni tak semua hut full, ada juga kosong. Rasanya separuh je ada orang. Lagi separuh tu, kosong.
Jom kita tengok dalam hut ni.
Katil queen
Ada water heater juga. Tapi aku tak sure berfungsi ke tak sebab aku tak guna. Cuaca sana panas dan kering, so mandi air sejuk pon dah okay.
tempat makan di luar
Kat sini ada shared kitchen juga, lupa pula ambil gambar.
Tempat reception
3 comments
Nampak cantik dan selesa tempatnya...
BalasPadamsuka baca akak punya blog.. selalu jadi rujukan kalau nak mencari tempat2 menarik.. tp belum ada rezeki lagi nak jalan2
BalasPadamBest juga tempatnya ni Syu. Harap satu hari nanti kalau ada rezeki nak bermalam di situ.
BalasPadam