Wong Solo Kg Baru & Burger Ramly

 

Salam.

Masih di KL lagi. Malam tadi kami makan Wong Solo Kg Baru & Burger Ramly je.

Dah lama tak makan Wong Solo Kg Baru & Burger Ramly ni. 



Dekat KK, Sabah memang tak ada la kan.

Mulanya aku nak makan bihun sup, tapi cari di grabfood tak ada pula. Pini yang bagi suggestion makan Wong Solo lah. Aku scroll di foodpanda, Alhamdulillah ada.

Oh ya. Kami tak makan di kedai, beli melalui foodpanda je dan hantar ke hotel.

Sambil tunggu order sampai, kami lepak dulu di lobi hotel. Penat berjalan shopping di KLCC.

Aku yang mulanya tak ada niat nak shopping apa-apa, terbeli juga lah perfume. Takpe, boleh guna nanti.

Mahal juga 1 set Wong Solo ni. Ingat lagi time study dulu selalu juga makan di Wong Solo, harga dah memang berbeza la.



Kami pilih Set Ayam Kampung Penyet Wang Solo



Dah order Wong Solo, kami order burger ramly juga. Lama juga tak makan.

Dalam gambar di atas, ada 2 biji burger ramly dan onion ring. Beli onion ring untuk cukupkan minimum order untuk dapat free delivery.


dua-dua makanan ni sedap. Makan sambil tengok movie di Netflix - Wedding Season.

Lepas makan, aku terus tido. haha. Esok ada sehari lagi nak jalan-jalan sebelum balik ke KK.





You Might Also Like

5 comments

  1. Dekat dengan pejabat saya ada perasan restoran ni. Tak tahu pulak masih beroperasi ke tidak.

    BalasPadam
  2. Amboi-amboi membeli belah di KLCC. Seronok jalan cuci mata. Lepas itu makan.

    BalasPadam
  3. bila balik semenanjung ni tak puas makan kan. hehehe

    BalasPadam
  4. harga naik tapi kualiti mantain tak apa

    BalasPadam
  5. Wong Solo tu maksudnya Orang Solo dalam bahasa Jawa kan Syu.
    Kak Amie teringin pergi Solo, tapi tak sampai-sampai.

    BalasPadam