Akhirnya aku kena juga Covid-19

 

Salam.

Pagi semalam pergi kerja macam biasa. Memang sihat je rasa cuma monday blues je sikit.

Masa tengah round semalam, tiba-tiba je kerap bersin dan sakit tekak.

Aku dah risau, Covid-19 ke ni? Kawan aku suruh check, dia cakap kalau sakit tekak tu macam symptoms Covid-19 dah. 

Sekarang memang ramai yang kena Covid-19, rakan sekerja aku 3 orang yang kena minggu lepas. Sepatutnya kena check covid test minggu lepas, tapi tak sempat sebab busy oncall dan tak ada symptoms.

Ni tiba-tiba ada symptoms, terus la aku check. Dan... memang positif pon!



Covid-19 positif - 21/11/2022


Tak tau nak cakap apa, happy ke sedih ke.. Happy sebab dapat la berehat setelah lama tak dapat berehat dengan betul.

Lepas dah inform boss aku, aku pon balik la rumah. Sampai je rumah, terus jadi makin teruk. Demam, sakit kepala, dan hidung tersumbat yang sangat teruk. Kena telan ubat sentiasa, baru la rasa okay sikit.

Sekarang macam ok sikit, boleh la online kejap. Hari ni dan semalam asyik baring atas katil je sebab betul-betul tak larat.

Doakan aku cepat sembuh ya.

Hari ke-empat (khamis ni) kena check saliva test. Kalau dah negatif, boleh kerja macam biasa semula.

Tapi ikutkan kuarantin sampai ahad ni. Takpe la tengok macam mana nanti.


p/s: bila sakit ni, terus rasa homesick.


You Might Also Like

8 comments

  1. semoga sempat sembuh syu... sy pertama kali kena bln 9 hari tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih kakmim. Alhamdulillah, dah makin sihat..

      Padam
  2. Allahu..semoga cepat sembuh key..be strong, have a good rest!

    BalasPadam
  3. اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شَافِيَ إلَّا أَنْتَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقْمًا

    BalasPadam
  4. Samalah kita.. Sebelum pergi Sarawak tu hari saya dah kena covid buat kali kedua.. Terbanting atas katil 2 hari..

    BalasPadam
  5. Moga cepat sembuh Syu.
    Betul tu, kalau sakit, apalagi kalau berjauhan dengan family memang kita rasa homesick. Kesian Syu.

    BalasPadam