Derma Darah di Centre Point, KK

 

Salam.

Happy weekend semua. Minggu ni aku tak ke mana-mana, jadi ada masa di rumah.

Semalam (sabtu), aku ke Centre Point untuk derma darah. Memang dah sampai masa (setiap 3 bulan) untuk menderma darah. Biasanya aku derma darah di HQE2 je. Tapi alang-alang tau ada big blood donation drive, tunggu je lah derma di sana. Biasanya akan dapat banyak goodies. 

tengahari semalam aku dan kawan aku pon ke Centre Point untuk menderma darah di sini. Orang agak ramai masa ni. Tapi katanya, ramai lagi sebelah pagi tadi nya.






Macam biasa isi borang, dan check darah merah (hb) dan tekanan darah. Alhamdulillah, lepas semuanya. Pernah beberapa kali juga aku tak lepas untuk derma darah sebab hb rendah (tapi masa tu aku derma darah 2 bulan sekali la. lelaki je yang boleh derma darah 2 bulan sekali sebab setiap bulan tak ada blood loss.)



Kali ni pon sekali cucuk je dah berjaya dapat. Darah pon mengalir dengan laju, jumlah 450mls sahaja. Setakat ni kalau derma darah biasanya okay, tak pening. Pernah sekali je dulu beberapa tahun lepas aku derma darah dan pening. Kena duduk dan rehat lama sikit baru lah okay.

dah siap derma darah, beratur pula dan ambil sijil. Best juga dapat sijil, boleh simpan. Kalau tak ada event macam ni, tak dapat lah sijil.


Ni lah goodies yang aku dapat.




Ada beg merah lagi dalam beg besar ni.






ni yang dalam beg merah tu.


Ni lah semua barang yang ada dalam 1 beg tu.


Kalau penderma yang menderma lebih 20 kali ke atas, akan dapat 1 lagi extra bag dan nama diorang akan dipanggil atas stage.

Aku dah lebih 20 kali, tapi buku sebelum ni hilang. Buku sekarang sampai 19 kali je. Takpelah, tak ada rezeki.






You Might Also Like

4 comments

  1. Di sekolah saya, setiap 6 bulan sekali, doktor dan petugas dari hospital datang untuk pemeriksaan kesihatan dan derma darah dari guru-guru. Dulu saya nak derma darah, tapi HB rendah.

    BalasPadam
  2. Tahniah. Kali terakhir saya menderma darah tahun 2000. Kemudian-kemudiannya sudah tak boleh derma kerana darah kurang pekat. Setiap kali nak menderma, itulah jawapannya.

    BalasPadam
  3. Wah.. Hebat. Saya tak pernah derma darah. Berat rendah sangat dan low bp plak

    BalasPadam
  4. hebat hebattttt👍👍👍 inspire org yg tkt darah mcm sy ni🤭

    BalasPadam