Penang & Nasi Kandar Beratur lagi

 Salam.

Alhamdulillah, dah selamat sampai di Penang malam tadi.

Rasanya macam kali pertama tahun ni flight aku balik dari KK - Penang yang sampai tepat ikut masa yang ditetapkan, tak ada delay.

Macam biasa, kawan baik aku Inah masih kerja di Penang. Jadi dia la yang pergi ambil aku di Airport Penang. Dah la dia direct drive dari Melaka ke Penang lepas tu terus pergi ambil aku di airport. Bersyukur sangat ada kawan baik macam ni. 

Timing dia sampai di Airport Penang memang ngam ngam dengan timing aku tiba di airport. Jadi tak ada la lama dia atau aku menunggu.

Destinasi selepas dari airport semestinya mencari nasi kandar. Nasi Kandar Beratur lagi la. hehe.

Tempat makan nasi kandar yang selalu aku singgah apabila sampai di Penang.


NASI KANDAR BERATUR


Kami sampai di sini dalam pukul 11 malam. Sebab hari rabu malam, jadi tak ramai orang. Tak payah beratur lama sangat, dalam 15 minit macam tu je.

Macam biasa aku dan Inah makan di situ, dan aku bungkus nasi kandar untuk family di rumah. Mereka pesan nak 2 bungkus je. Lauk ayam goreng, ikan bawal, bendi dan telur masin (ayah aku yang pesan). Jadi aku beli 2 bungkus lauk yang sama je.


Untuk aku dan Inah pula, kami ambil lauk kegemaran masing-masing.



Wefie dulu sebelum makan.




Aku punya - ayam goreng, telur dadar dan kuah campur.



Inah - kari ikan bawal, telur dadar dan telur ikan


Total untuk 4 bungkus = RM53.





You Might Also Like

3 comments

  1. Tak sah kalau ke Penang tak cuba nasi kandar.. Insyaallah, Januari ni ke Penang, ada retreat.

    BalasPadam
  2. yum yum sedapnya nasi kandar penang

    BalasPadam