Renew Maybank Debit Card Online
Salam.
Beberapa hari lepas aku dapat mesej daripada Maybank menyatakan yang debit card Maybank aku akan expired 30 Nov 2022 ni.
Bulan lepas dah perasan yang debit card Maybank dah nak expired tapi rasa macam lama lagi jadi biarkan aje. Bila dah dapat mesej hari tu, tak sampai 2 minggu dah yang debit card ni dah nak expired.
Dah la ni satu-satunya debit card yang aku ada. Berani betul aku tangguh-tangguh nak renew. Sebab jarang guna cash kan sekarang dan jarang juga keluarkan duit dari dalam ATM. Biasanya guna cashless payment je. Senang.
Hari ni postcall. Ada la masa nak online kejap. Nasib baik teringat nak renew debit card Maybank ni. Di KK macam tak ada lagi kiosk yang renew debit card Maybank ni. Kalau semenanjung ada la beberapa cawangan Maybank yang ada kiosk renew debit card.
Jadi terpaksa lah aku renew online je. Nasib baik lah sangat senang je step dia. Aku share dekat sini lah, mana tau nanti aku nak renew lagi pada masa akan datang.
Cara Renew Maybank Debit Card Online
-Rujuk pada gambar sahaja ya.
1. Klik RENEW NOW
2. Klik ...
3. Pilih Replace/ Renew Card
4. Pilih card mana yang korang berkenan dan tekan Select. Lepas tu tekan Next
5. Tengok betul ke tak alamat korang dan tekan Submit.
Siap! Kad akan sampai dalam masa 9 hari. Harap-harap sempat lah kad baru sampai sebelum kad lama expired.
Bye!
2 comments
sekarang semua dah mudah, kan?
BalasPadamSemuanya semudah sentuhan di hujung jari kan Syu.
BalasPadam