Exchange Gift 23 Disember 2022
Salam.
Kena simpan memori Exchange Gift di ICL pada 23 Disember 2022. Mungkin Exchange Gift terakhir aku di ICL, sebab sekarang tengah tunggu nak transfer ke department lain je. Harap-harap dapat transfer next year la.
Bukan exchange gift je, tapi ada juga early birthday celebration aku. Tiba-tiba je kawan aku Ong cakap Happy Birthday masa exchange gift dengan aku, jadi semua orang pon menyanyi la Happy Birthday untuk aku. Bukan sekali je tau hari tu, tapi sampai 3 kali (masa yang berbeza). Sampai segan aku. Takpe lah, kenangan yang indah juga ni.
Time ni la kawan aku cakap Happy Birthday! pastu semua orang pon menyanyi. haha
Memang sangat meriah exchange gift kami hari tu. Asyik gelak je sampai nak sakit pipi. Makanan pun banyak, 2 kali aku makan cupcake yang cute & sedap.
Lepas tu potong kek, makan lagi. Memang sugar overdose la hari tu. Alhamdulillah.
Aku dapat grill set dan kasut. Kasut ni kawan aku bagi sempena birthday aku juga la, iaitu pada keesokan hari nya.
banyak makanan yang ada, dan sedap-sedap semuanya.
Paling aku suka daging masak cili dia.
bertambah 2 kali juga la daging dia.
Penuh pinggan aku dengan lauk pauk yang ada. Alhamdulillah, kenyang dan happy sangat hari tu.
Lepas makan nasi, makan dessert pula.
Banyak cupcakes yang ada.
Comel betul, rasa sayang nak makan cupcakes ni.
Akhirnya aku pilih yang ni. Sedap, sangat lembut kek dia.
Ingatkan cukup dengan 1 cupcake je, tapi aku ambil lagi kali kedua, tapi cuba yang lain pula.
Hadiah yang aku dapat,
nuka happy dapat hadiah dan makan makanan sedap..
Bye!
1 comments
Comelnya cupcake snowman tu!
BalasPadam