Happy Birthday to me - 24 Disember

 

Salam.

24 Disember yang lepas merupakan hari kelahiran aku. Alhamdulillah, bertambah lagi setahun umur aku.

Macam biasa, kami akan staycation time birthday. Staycation dekat-dekat je, area KK juga. 

Kawan aku book Monocolo Boutique Hotel untuk 2 malam, dari 23-25 Disember 2022 (Jumaat -Ahad).

23 Disember tu aku passive call, dan hari tu hari yang sama hari exchange gift ICL. Kalau passive, kena stay sampai 9 malam at least.

Jadi malam sebelum tu aku dah siap packing barang, balik je dari hospital aku terus ke hotel. Nasib baik hotel dekat je dengan hospital. Tak sampai 10 minit dah sampai hotel ni.



Masuk je bilik hotel, Pini dah siap deco untuk birthday aku. Dia check in awal, lepas balik kerja lagi. Rajin betul dia deco.

Malam tu juga kami bergambar dan makan kek. Nanti aku cerita pasal hotel tu di next entri ya.


Me & Pini



Sejak Hajar dan Eddy dah balik Semenanjung, memang kami celebrate berdua aje lah di hotel. Biasanya berempat. Akan book 2 bilik. Eddy paling best sebab 1 bilik untuk dia sorang je. Kami bertiga akan share 1 bilik. Rindunya time tu..



Hadiah daripada Pini. Cantik, suka sangat!



Hadiah daripada Ruru, Pini dan cake! 

 bunga yang cantik daripada Pini! 

Kalau celebrate birthday dengan Pini, memang akan dapat bunga setiap tahun. 


cake dia pon sedap sangat. macam japanese cake. Hari tu 23 Disember memang hari yang banyak betul makan cake. Sugar overdose!


My Birthday - 24 Disember 

24 Disember pula, plan nya nak late lunch di Pound Restaurant, kemudian lepak di Starbucks dan tengok movie Puss in Boots - The Last Wish di Imago Mall. Full ya jadual hari tu.

mulanya nak dinner, tapi dah fully booked pula time dinner. tinggal jam 3 petang je paling lewat.


Pagi tu, aku dengan Pini bergambar dulu di sekitar Monocolo Boutique Hotel.



Bergambar di depan cafe 1/4 (Quarter) . Pernah makan sekali dulu di sini, sedap juga makanan dia. Tapi kali ni bergambar je.


Dalam jam 2.30 petang, kawan aku JK datang ambil kami di hotel dan kami ke Pound Restaurant.


Pound Restaurant




Muka happy tak sabar nak makan. Padahal perut masih kenyang lagi time ni. Tapi bila makanan depan mata, perut pon berbunyi lapar.



Air yang aku order - Lady Lavender ke. Lupa dah nama haha


Soft shell crab spaghetti Aglio Olio


Piini - Lamb chargrilled 


JK tak sempat aku ambil gambar makanan dia pula. dia makan special of the day.


soft shell crab fritters



Semua makanan yang kami order



Jemput makan!




Happy sangat ditemani kawan-kawan baik pada hari yang bermakna untuk kita kan.

Thanks korang!


Dah kenyang, kami pergi ke Starbucks lepak di sana kejap & tengok movie Puss in Boots di Imago.


Hadiah daripada JK. Simpan di blog buat kenangan.


My birthday well spent with them!


You Might Also Like

4 comments