Nasi Lemak Hijau

 

Salam.

Tengah malam tadi makan nasi lemak juga. Beberapa bulan lepas, mak aku ada cerita pasal nasi lemak hijau ni.

Nasi Lemak Hijau ni dijual seawal 2 pagi, dan dah berapa kali mak aku makan.

Ayah aku akan ke kedai dan bungkus nasi lemak untuk makan di rumah.

Jadi bila aku balik kali ni, ayah aku cakap akan beli lagi. Jadi awal pagi tadi ayah aku pergi beli Nasi Lemak Hijau ni dan bungkus untuk kami.

Ayah aku pergi dalam pukul 2 pagi dan balik dalam pukul 2.45 pagi. Ayah aku cakap ramai juga orang beratur, itu yang lambat. 

Sanggup bangun awal pagi untuk makan nasi lemak ni. Mulanya ayah aku ajak makan di sana, tapi aku malas pula nak makan di kedai awal pagi macam ni. haha.


ayah aku letak lauk sambal sotong & ayam goreng.


Beli 4 bungkus dengan harga RM35. Aku rasa murah juga la, sebab ada sambal sotong dan ayam.

Sambal dia bagi aku ok juga la. tak ada lah yang sedap sangat-sangat, tapi sedap juga la.

lepas makan tak boleh terus tidur, jadi tengok drama kejap lepas tu baru lah sambung tidur.


Hari ni last di Penang, petang nanti akan naik flight balik ke KK, Sabah.

Ohh, cepatnya cuti habis, baru je rasa sampai Penang.

Esok dah kerja balik (oncall pula tu). Sila bertabah...



You Might Also Like

4 comments

  1. Awalnya dh mula jual nasik lemak tu... 2 pagi! Mstilah ayah sanggup beli utk anak dia yg merantau ni... mcm tu lah kasih syg ibu ayah kita kan?

    BalasPadam
  2. Menu kegemaran rakyat Malaysia. Nasi lemak. Pagi, petang, malam enak dimakan.

    BalasPadam
  3. Awal betul dia berjual.. Okaylah harga dia dengan 2 lauk tu..

    BalasPadam