Selamat Hari Kaamatan

 

Salam.

Selamat Hari Kaamatan buat penduduk di Sabah.




Hari Kaamatan atau Pesta Kaamatan

Perayaan menuai yang dikenali sebagai Kaamatan disambut pada setiap tahun oleh kebanyakan kumpulan etnik di Sabah, terutamanya Kadazandusun (kumpulan etnik peribumi terbesar di Sabah), Murut dan Rungus. Ia lebih dikenali sebagai Tadau Kaamatan oleh masyarakat setempat atau Pesta Kaamatan (Hari Kaamatan) bagi kebanyakan penduduk Malaysia. Perayaan kesyukuran ini diadakan oleh petani untuk berterima kasih kepada semangat padi yang dikenali sebagai Bambaazon, dan Kinoingan (Tuhan) atas hasil tuaian yang melimpah ruah.

sumber


Alhamdulillah, dapat juga cuti 2 hari ni. Ni lah weekend aku. Sebab weekend yang lepas kerja je, so aku anggap ni lah weekend untuk aku rehat hehe.

Tadi masa ke ward sekejap, nurse aku tanya tak pergi KDCA ke. Teringin juga nak pergi sebenarnya, sebab sepanjang 9 tahun di Sabah ni tak pernah lagi ke sana semasa Hari Kaamatan.

Tapi tu lah, malas nak keluar. Orang pula ramai kan, takut bersesak pula. Dah la kes Covid-19 pon semakin meningkat sekarang. Risau..


Alhamdulillah, mak aku pon dah keluar ward hari rabu minggu lepas. Setakat ni tak berapa sembuh sepenuhnya lagi dan perlu cuci luka di kaki hari-hari. Nasib baik ada ayah aku yang boleh tolong jaga mak di rumah. Adik beradik yang lain bekerja kan, dan ayah aku dah berhenti kerja sekarang.

Bila mak tak sihat ni, dok terfikir patut ke balik kerja di Semenanjung je. huhu. Tapi tu la, aku suka betul duduk di KK, Sabah ni. Memang rasa nak settle down sini je buat masa sekarang ni. Dilemaaa.


Ok lah, dah selesai membebel di sini.

Nak layan marathon drama korea pula.


Bye!



You Might Also Like

2 comments

  1. selamat hari keamaatan.. mama tak penah sampai kk lagi huhu

    BalasPadam
  2. Selamat menyambut hari Keamatan.. :)

    BalasPadam