Anooh Coffee, Kundasang

 

Salam.

Tempat pertama yang kami singgah bila dah sampai di Kundasang bulan lepas adalah Anooh Coffee.


Selalu nampak cafe ni dalam tiktok. Alang-alang dah ke Kundasang, boleh la ke sini.

Kundasang Trip Ogos 2023 ni tak ada itinerary tetap pon.

Kami ad-hoc je plan ke sini, seminggu sebelum tu. Tak sempat nak fikir itinerary, cuma Atim ada request nak pergi rabbit farm, aku pula nak hiking bukit yang rendah-rendah je. Tu yang kami ke Piramid Hill hari tu.

Nak ke Anooh Coffee ni senang je, ikut jalan nak dari Kundasang nak ke Ranau je. Cuma kena alert dengan cafe ni, dia dekat tepi jalan, di bahagian sebelah kiri jalan.

Aku guna waze je senang, sebab nanti kalau terlepas cafe tu, kena pusing balik pula. Dah ada waze, guna je lah. haha.

Masa kami sampai sini, orang agak ramai. Ruang parking di depan cafe agak kecil, jadi aku double park je time ni. Cuma kena tinggalkan nombor phone dan alert kalau kereta yang korang double park tu nak keluar la.


ada banyak meja di bahagian luar cafe.




Masa nak order tu, kena beratur sekejap. Sempat la fikir nak minum ape, beli dessert ape kan.




Menu yang ada di sini.

minuman


Antara kek yang ada.

Pandan coconut onde-onde cake sedap!

Aku pilih untuk minum Hazelnut Latte.

masa ni tak nampak Gunung Kinabalu, awan tebal menutupi gunung.


kami order 2 jenis kek, dan kongsi makan. Time ni tak berapa lapar lagi, masih kenyang makan di Fook Yuen sebelum tu.


ada cookies & 3 minuman je kat sini, sebab aku lupa nak ambil gambar bila semua makanan dah sampai.



Total hangus


Lepas makan, kami ke Sulap di Mesilou untuk check in dan rehat.




You Might Also Like

2 comments

  1. Kundasang best.. Banyak sudut menarik untuk mengambil gambar

    BalasPadam
  2. Rasanya macam lama juga tak lalu Kundasang sebab tak ke KK.
    Ada masa nanti kalau ke sana, bolehlah singgah Anooh Coffee Kundasang.

    BalasPadam