Kundasang Trip Ogos 2023

 

Salam.




Bulan lepas aku ke Kundasang 2 kali, dalam minggu yang sama. 

1 kali weekend sabtu ahad (19-20 Ogos 2023). 1 kali lagi masa rabu/khamis (16-17 Ogos 2023) minggu yang sama.


 Hari khamis baru je turun dari Kundasang, sebab hiking Maragang Hill kan.

Sabtu pula naik lagi ke Kundasang. Pergi Mesilou juga kali ini.


Kami pergi ke Kundasang lagi sebab kawan aku Atim yang datang dari KL dan sorang lagi kawan aku yang baru datang Sabah kerja dekat sini.

Alang-alang weekend tu free, kami plan la untuk ke Kundasang.

Aku book bilik di Sulap untuk 4 orang.

Ada sorang lagi kawan kami join sekali.


Pagi tu, aku pergi pick up nasi kandar chombi dulu (tiba-tiba teringin nak makan nasi kandar pula), di Kingfisher Putatan.

Lepas tu, kami ke Yee Fung Laksa di Gaya Street untuk breakfast di sini pula.

Aku macam biasa, akan makan claypot chicken rice dia.





Atim, Wahid (wahidah nama dia, tapi kami pendekkan sejak zaman U dulu haha), dan Farah makan Yee Fung Laksa.


Dah siap makan, kami teruskan perjalanan ke Kundasang. Sampai di Pekan Kundasang dalam 12 tengahari lebih sikit.

Disebabkan check in lambat lagi (2pm), kami decide ke Anooh Coffee Kundasang terlebih dahulu.




Minum kopi & makan dessert kejap then bergerak ke Mesilou pula untuk check in.


Dah check in, kami solat jamak siap-2. Lepas tu kami makan nasi kandar yang dibawa dari KK sambil tengok movie di Netflix (Monkey King).

Lepas makan, aku tidur kejap (penangan nasi kandar) haha.



Plan kami petang tu nak hiking di Piramid Hill. Aku nampak di tiktok, rasa macam menarik pulak hiking situ. Sebab tak jauh sangat trail. Tapi jalan nak ke situ, sangat lah mencabar. (Nanti aku cerita next entri).




Lepas dh turun dari hiking (kami 3 orang je hiking), terus pm Farah yang stay di bilik untuk siap-siap terus pergi dinner.

Risau kalau balik mandi dulu, nanti lambat pula untuk keluar dinner.

Kami plan untuk dinner di Tuk Tuk Tomyam Kundasang sebelah Anooh Coffee. Baru je dia buka rasanya. Saja nak cuba di sini, nak tengok sama ke tak rasa macam di KK.

Dan memang sama rasanya, cuma lambat sikit la. Lama sikit menunggu makanan siap.



muka happy makanan dah sampai



Lepas tu makan durian di Pekan Kundasang dan balik homestay dan rehat.

Kami tidur awal malam tu sebab semua orang kepenatan.


Esok pagi (ahad), kami bangun awal. Lepas subuh tak dapat tidur balik, kami lepak di luar bilik sambil melihat pemandangan Gunung Kinabalu.





Dalam 7pagi macam tu, kami berjalan kaki untuk sarapan pagi di Sulap House (dalam 300m dari Sulap yang kami tinggal).

Dia bagi 2 free breakfast. Jadi kami tambah untuk sorang sahaja sebab Atim tak nak pergi, dia nak sambung tidur. 

Kena tambah RM30 untuk breakfast/ seorang.

Makanan tak banyak pilihan, rasa pon biasa-biasa je. Cuma sambil makan ada view Gunung Kinabalu walaupun dari dalam tempat makan.


Siap makan, kami balik ke bilik dan sambung tidur. 

Wahid tengah fikir nak ke Desa Dairy Farm ke tak. Aku tak nak pergi sebab baru je sana  3 hari sebelum tu dah pergi.


Jadi kami decide untuk rehat kejap. lepas tu check out dan ke Rabbit Farm (Atim yang request, dah bagitau awal-awal lagi) haha.


Mulanya kami tak sure nak ke rabbit farm yang mana. Last last kami google dan tengok ada rabbit farm berdekatan di Mesilou. Rupanya sebelah Sulap House je. Tak jauh pon.


Nanti aku buat entri lain pasal Rabbit Farm Mesilou.


Lepas main dengan rabbit, kami pon bergerak balik ke KK. Tapi sebelum turun ke KK, singgah dulu di Kloud Cafe di Mountain Valley Resort kupi-kupi di sana.



Bye!



You Might Also Like

7 comments

  1. bila la nak sampai sabah lagi ni heheh, mahal sungguh tiket flight skrg ni ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu la. tiket KK-KL mmg mahal. tiket KL ke tempat lain lg murah..

      Padam
  2. Saya pernah berpeluang sekali ke Kundasang. Menarik tempatnya.

    BalasPadam
  3. Best lah penginapannya , bisa lihat gunung Kinabalu 😍😍. Saya belum pernah ke Malaysia bagian Sabah Serawak. Selalunya hanya semenanjung Malaysia saja. Next rasanya nak plan untuk eksplore Sabah Serawak pula ❤️

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah sangat jelas gunung kinabalu dia.
      datang lah nanti ke sabah sarawak. banyak tmpt menarik..

      Padam
  4. Rindunya hendak jalan-jalan ke Kundasang.
    Best kalau dapat tidur di sana.

    BalasPadam