Sisters Day Out

 

Salam.

Aku ambil cuti selama beberapa hari untuk balik ke Penang sempena Hari Merdeka.

Aku balik Penang rabu malam naik Firefly Airlines, dan sampai di Penang Airport tengah malam hari merdeka.

Kami terus balik ke rumah, sebab tak plan nak makan nasi kandar. Aku pon kepenatan sebab hari tu postcall tapi tak tidur langsung. Sebab hari tu last day aku di department aku, minggu depan masuk department baru pula. Harapnya kurang stress lah, insyaAllah.

Esok pagi tu aku memang bangun lambat la. Bangun-bangun je ayah aku dah siap masak kuey teow goreng ayam. Memang sedap, dah 2 bulan lebih tak makan masakan rumah kan.

Tengahari tu aku dan akak aku ke Sunway. Saja pergi jalan-jalan sana, ingat nak makan di Sukiya juga.

Disebabkan perut masih kenyang, kami window shopping dulu. Lepas tu, ternampak photobooth ni, terus kami nak cuba. Tak pernah cuba kan.






Kami ambil yang 4 frame (RM15) je. 


Hasilnya..

boleh simpan soft copy


print 2 keping. ngam la sorang 1.

kalau nak tambah copy, kena bayar extra RM10 kalau tak salah.


Kemudian, kami ke Sukiya. Kali ni order tak banyak. Aku aim nak makan ramen dia je. 




ramen extra chicken


Makan bingsu


dari hari tu nak cuba, tapi sebab perut kenyang jadi tak beli.



kali ni pon beli mini bingsu je, dan share 2 orang.

mango bingsu. sedapp.



beli sotong goreng


dan last sekali beli Gigi Coffee - Buttercream Latte sebelum balik.



dan balik!


You Might Also Like

3 comments

  1. Teringi nak rasa GG coffee tu.... one day kena try, sebab asyik nampak org beli je

    BalasPadam
  2. kita x bole la masuk ramen hahaha.. x tau kenapa myb sbb mi nya kah? atau sup nya ?

    BalasPadam
  3. Mango Bingsu!
    Feveret Kak Amie tu tau.

    BalasPadam