Chagee - Osmanthus Long Jing Milk Tea

 

Salam.

Hari ni scroll di Tiktok, ternampak minuman baru dari Chagee. Sejak dua menjak ni suka pula minum milk tea Chagee selepas mencubanya kali pertama beberapa bulan yang lepas.

Nampak macam menarik Osmanthus Long Jing Milk Tea ni.

Jadi tadi aku pon order lah. Aku order delivery je, nak pick up malas pula.

Kena la bayar delivery fee nak dekat RM7 juga. Tapi takpelah, bukannya selalu order juga haha.

Next time order dekat foodpanda je la, boleh guna diskaun juga. 

yang ni aku order guna whatsapp/website - chagee mini program. Sebab boleh kumpul points. 

sebab utama aku register hari tu sebab nak dapat voucher RM15 dia juga. 

Sekarang masih ada lagi voucher tu kalau korang nak. boleh klik link ni --> CHAGEE





paper bag dah bertukar warna kepada hijau. 
dan kalau beli large size, cup dia pon warna hijau juga.
kalau regular, warna biru macam sebelum ni.




dan sekarang ada promo code juga untuk yang nak mencuba Osmanthus Long Jing Milk Tea Chagee ni.


Tapi favourite aku tetaplah 

- Glutinous Green Milk Tea

- Da Hong Pao  Milk Tea


aku suka minuman dari Chagee ni sebab tea dia bau wangi dan rasa premium tu memang ada, dan yang penting tak manis sangat. Secukup rasa je.



You Might Also Like

6 comments

  1. Menarik juga Chagee ni. Belum pernah cuba lagi. Trending Chagee di TT sebab dapat gift dalam cup tu kan.

    BalasPadam
  2. tgk juga kwn2 share minuman dr CHANGEE...menarik paperbagnya...air nama osmanthus tu aritu kwn ada minum juga kt slh 1 cafe...unik namanya

    BalasPadam
  3. adik ipor akak bitau ada promo chagee ni. akak punya ketinggalan, tanya dia blik apa benda chagee ni sebab tak pernah dengar..dia explain baru lah tahu ada jenama ni..adeh..sabor je lah sis...tak ikut perkembangan betul..haha...

    BalasPadam
  4. minuman yang betul-betul baru buat saya

    BalasPadam
  5. cantiknya bekas minuman dan paper bag dia

    BalasPadam
  6. tak penah try lg chagee ni walaupun hari2 nampak kiosk dia...ada rezeki nnt nk try laa dulu yg best seller...

    BalasPadam