Beli Kopi di Mat Coffee lagi
Salam.
Petang semalam aku try lagi kopi di Mat Coffee. Selagi belum balik ke KK, selagi tu la nak cuba semua kopi yang dijual di sana. haha.
Aku tunggu akak aku balik kerja petang semalam, terus kami ke sana. Nasib baik orang tak ramai beratur untuk beli kopi di situ.
Cuma lepas order tu kena tunggu dalam 10 minit macam tu baru kopi siap.
Sementara menunggu, aku ambil gambar sekitar situ. Masa ni nampak tak ramai orang, sebab baru ada geng motor yang ramai baru balik.
Kali ni aku nak cuba butterscotch latte pula, RM5 juga harganya.
Akak aku cuba iced chocolate + whipping cream (kena tambah RM2) = RM7
nak tengok menu Mat Coffee, boleh baca entri ni, aku ada letak gambar di sana.
Butterscotch latte & Iced Chocolate with whipping cream
dah dapat kopi, jom balik rumah.
Boleh je kalau nak jalan kaki, tapi malas. haha
p/s: Sempena tahun baru 2024 & tengah bercuti, ada pula mood untuk update blog hari-hari.
semoga mood untuk update blog sentiasa ada.
4 comments
mcm sedap je kopi tu
BalasPadamTeringin pula nak cuba Mat Coffee ni...
BalasPadamcuba laa..harga murah, coffee sedap..
PadamTengik mat coffee ni teringat white coffee yang sedap pernah saya minum di Canning Dim Sum.
BalasPadam