Dinner di Seoul Garden Hotpot

 

Salam.

Balik kerja tadi, aku terus ke Suria Sabah Mall dengan kawan aku Wahid. 

Wahid nak singgah Sketchers katanya, nak beli kasut baru di sana.

Alang-alang nak pergi Sketchers kan, aku teringin pula nak makan di Seoul Garden Hotpot. Lama tak makan Spicy Beef Hot Plate di sana.

Ingat nak makan dengan akak aku masa balik Penang haritu, tapi tak sempat pula. Nasib baik ada Seoul Garden Hotpot dekat Sabah.

Macam biasa, kalau pergi Suria Sabah, mesti akan beli Chagee sekali. Aku beli Glutinous Green Milk Tea dia macam biasa.

Favourite minuman aku di Chagee setakat ni ada 2 - Glutinous Green Milk Tea dan juga Da Hong Pao Milk Tea (tapi manis sikit berbanding glutinous green milk tea).



Spicy Beef Hot Plate ( + telur mata + nasi putih) = RM33


Dah siap makan, baru pergi ke Sports Direct cari kasut di sana. Wahid siap beli hiking stick lagi. Tak lama lagi jadi hikers tegar la lepas ni. Haha


Hiking stick. Aku rasa harga dia murah. Yang RM45 ni siap ada lampu lagi. Sangat sesuai digunakan masa nak naik peak Gunung Kinabalu sebab masa naik ke sana waktu gelap lagi.


Siap membeli, terus balik ke rumah dan rehat. Besok awal pagi Wahid akan balik ke Tawau. Aku pula akan oncall besok. Semoga dipermudahkan semuanya..





You Might Also Like

5 comments

  1. Mrs. A pun suka spicy beef tapi kurang suka nasi letak dalam mangkuk huhuuu...

    BalasPadam
  2. salam kenal sis, baru 1st time terjah blog ni..

    done follow as Ain Farhana..

    BalasPadam
  3. Laaa saya sangkakan harganya beratur-ratus
    Mungkin yang mahal tu yang ada jenama kot?

    BalasPadam
  4. waaa sedap nampak Spicy Beef Hot Plate tuuu

    BalasPadam
  5. Mudah-mudahan tercapai hasrat untuk jadi hikers tegar. In syaa Allah.

    BalasPadam