Gigi Coffee & Sofuto Family Mart

 Salam.

Khamis semalam akak aku cuti, dia nak ke bank untuk ambil geran kereta.

Aku pon ikut dia sekali, sebab lepas tu nak singgah makan.

Tapi sebab pagi tu dah makan mee goreng yang digoreng ayah aku, kami dua orang masih kenyang. Jadi singgah kedai makan untuk bungkus makanan je. 

Alang-alang kami ada berhampiran area Sunway Carnival Mall, aku ajak akak aku ke sana untuk beli kopi di Gigi Coffee. Dah lama tak minum buttercream latte dia, teringin pula.


Masa kami sampai ni, mall tak ramai orang sangat. Kami terus pergi ke Gigi Coffee untuk membeli. Tak ada orang pon dekat sana. Aku dah nak mengorder dah masa ni, tiba-tiba ternampak buy 1 free 1 kalau order pick up melalui apps Gigi Coffee.

Apalagi, aku dan akak aku duduk dulu dan aku download apps Gigi Coffee terus.

 Daftar guna phone number, masukkan details yang simple dah siap.

Walaupun tak dapat guna selalu apps Gigi Coffee, saja aku donwload. Mana tahu satu hari nanti diorang buka 1 cawangan dekat KK kan. Haha


Macam biasa, aku order Iced Buttercream Latte. Akak aku cuba coffee lain, biasa dia Caramel Machiatto je.



Baucer yang dah digunakan


buttercream latte!


petang tu, singgah Family Mart pula. Lama tak makan oden dan aiskrim sofuto dia.



nak beli matcha, tapi ada dark chocolate dengan creme brulee je.

creme brulee dah try dulu, tak kena sangat dengan tekak. Jadi aku pilih dark chocolate.




jadi... apa lagi nak dimakan sebelum balik ke KK nanti?




You Might Also Like

1 comments

  1. Saya pun biasa dengan caramel machiotto saja, yang panas atau yang sejuk.

    BalasPadam