Hiking Bukit Padang 1/2024

 

Salam.

Aku dah berada di KK semula. Balik ke sini hari ahad malam yang lepas. Sekejap je masa 1 minggu tu berlalu. Tapi happy sebab dapat spend masa dengan family walaupun sekejap. Dapat juga jumpa kawan sekolah dulu yang sangat rapat sehingga sekarang.

----

Setelah 2 minggu tak hiking (kali terakhir hiking sebelum balik Penang haritu), hari ni dapat juga hiking walaupun dalam hujan.

Agak gigih kami bertiga hiking petang tadi (Isma, Sarah & aku). Kami biasa pergi selepas kerja.

Masa nak keluar dari hospital, hujan dah rintik2. Tapi kami teruskan juga drive ke Bukit Padang, mana tau sana tak hujan kan.

Tengok-tengok hujan juga, tapi tak lebat sangat. Jadi kami decide untuk teruskan niat hiking pada hari ni.

Semasa hiking, ada terjumpa beberapa orang lain lagi yang turut hiking masa hujan ni. Ada yang guna payung, ada yang pakai windbreaker.

Aku? pakai baju oncall hari ni je. haha. Tak bawak windbreaker, payung atau raincoat pon.


cuaca mendung, tak ada sunset hari ni


Balik rumah, terus mandi sebab takut demam.

Aku sengaja letak tajuk Hiking Bukit Padang 1/2024 tu sebab nak tengok tahun ni berapa kali la aku hiking. Harap-harap rajin lah ye.

Nak kena buat persiapan untuk naik Gunung Kinabalu lagi tahun ni kalau ada rezeki insyaAllah.





You Might Also Like

1 comments

  1. Wah hendak tawan lagi Gunung Kinabalu rupanya.
    Semoga berjaya.

    BalasPadam