Hiking Bukit Padang 2/2024

 

Salam.


Hiking Bukit Padang 2/2024 (10 Jan 2024)


Petang tadi lepas balik kerja aku terus ke Bukit Padang dengan Isma untuk hiking.

Dari hospital lagi dah hujan lebat, tapi kami teruskan juga ke sana sebab semalam pon hujan juga kan.

Alhamdulillah, sampai je Bukit Padang, hujan dah berhenti. Tapi aku pakai juga raincoat Isma sebab takut nanti hujan balik.

Tapi Alhamdulillah, memang dah tak hujan lepas tu. Cuma jalan untuk mendaki lecak sikit dengan air la.

Separuh perjalanan mendaki, aku buka raincoat sebab terasa panas betul.

Hari ni kami sampai ke puncak lambat sikit, rasanya sebab slow-slow je naik dan mengelak tempat yang berair, takut kasut kotor teruk. Kasut aku semalam pon tengah jemur lagi. Nasib baik ada 2 kasut hiking.


Hari ni nampak sunset. 



Orang tak ramai lagi di puncak masa ni. sebab hujan kan. Cuma regular hikers yang biasa kami nampak je yang naik.


Lama tak selfie 


Esok dan lusa macam tak hiking sebab macam nak puasa esok, tapi tengok dulu macam mana.

Jumaat pon KIV juga sebab Isma balik Semenanjung. 

Maybe weekend ni sambung hiking balik.



You Might Also Like

6 comments

  1. Atas titah Permaisuri Cuya, Kerajaan Kelapa menjemput tuan hamba untuk menyembah duli menyertai giveaway yang sedang berlangsung di blog Kerajaan Kelapa.

    Yang benar,
    Permaisuri Cuya.

    BalasPadam
  2. Buat hari-hari daki bukit ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau boleh nak hari-hari, tapi macam susah. jadi aim mcm 2-3x seminggu mcm tu.

      Padam
  3. tahniahhh syu
    seronok kan hiking, tp kena ada stamina
    ciknur hiking bila musim durian je hehee

    BalasPadam
  4. bestnya.. masih bertenaga jgn disia2kan.

    BalasPadam