Hiking Bukit Padang 4/2024
Salam.
Ni kali keempat hiking pada minggu ni. Agak gigih juga kan, harap-harap next week pon semangat masih ada juga la.
Sabtu dah ke Bukit Botak, jadi hari ni ke Bukit Padang je la.
Lepas subuh pagi tadi, tanya Wahid kawan aku, nak pergi Bukit Padang hiking tak?
Dia cakap ok, jadi kita proceed je la kan. Lepas tu boleh breakfast sebelum aku start oncall.
Pagi ni ramai juga orang hiking di Bukit Padang. Jalan mendaki agak basah, rasanya sebab hujan malam tadi.
Di puncak, terserempak dengan kawan lama pula. Dah berapa tahun tak jumpa. Sama la masa di Bukit Botak semalam, terjumpa kawan houseman yang masih di KK, dan juga kawan Universiti yang tak pernah jumpa lepas graduan. Kalau ke Bukit Botak je, mesti akan terjumpa orang yang familiar. Sempat la reunion kejap atas bukit, tanya khabar gitu-gitu je.
Cantik cuaca pagi ni, cerah je.
Balik tu, singgah makan di BTC Luyang.
Kami order roti telur sorang 1. Wahid siap order roti bakar juga. Dia cakap susah nak cari roti bakar sedap dekat Tawau.
0 comments