Hiking Bukit Padang 5/2024

 

Salam.

Ni hiking kali pertama untuk minggu ni. Nak hiking selepas balik kerja tak sempat minggu ni. Hari-hari balik lambat sedikit daripada biasa.

Jadi aim minggu ni memang nak hiking on weekend je. Tadi pagi lepas subuh kuatkan semangat untuk ke Bukit Padang. Kalau ikutkan hati, nak sambung tidur je. Nasib baik ada geng hiking (Isma) untuk hiking sekali. Kalau sorang-sorang rasanya tak jadi dah. haha.




View dari Bukit Padang waktu pagi (dalam pukul 7 pagi).


Lepas hiking, singgah breakfast di BTC Luyang dulu. Last weekend dah makan roti telur, jadi hari ni makan Penang Char Kuey Teow pula la. Harga dia mahal, tapi sebab sedap. Jadi berbaloi la.


Penang Char Kuey Teow 


Lepas breakfast aku mencari tempat cuci kereta pula. Tempat cuci kereta di area Cybercity tutup. Jadi aku cuci di tempat yang berdekatan je la.


RM15 cuci luar & vacuum. Ok la, ni antara harga termurah di KK yang pernah aku jumpa.


dah siap, balik rumah dan tidur.




You Might Also Like

3 comments

  1. lepas cuci kereta rasa mcm semngat nak bawak tu.. hehe

    BalasPadam
  2. Harga mahal sikit kalau rasa sedap berbaloi juga kan Syu.

    BalasPadam
  3. Jangan lemau lemau Syu. Teruskan semangat, kita bersenam jaga kesihatan gitu. Kira murah dah tu cuci dan bersihkan luar dalam.

    BalasPadam