Berbuka Puasa di Daily Coffee


Salam.


Isnin minggu ni aku ke Tanjung Lipat untuk tengok sunset. Wahid (Wahidah) yang ajak datang sini. Dia turun KK ahad sebelum tu dari Tawau sebab nak ambil logbook dia di KK.


Aku pula puasa ganti hari tu, jadi lepas tengok sunset terus pergi berbuka di luar.

Aku tanya Wahid dia nak makan ape, dia nak western food (pasta).

Fikir punya fikir, pergi Daily Coffee la di Aeropod sana. Dah lama tak makan situ.



Daily Coffee





Tapi sebelum ke Aeropod, aku solat dulu di sana. Lepas tu baru gerak ke Aeropod. Nasib baik jalan tak berapa jem sangat. Dah lah tengah lapar kan. Haha


So, jom tengok antara menu yang ada di Daily Coffee









Aku order chicken chop grill

Mulanya nampak kecil je ayam grill dia tu, fikir dalam hati mesti tak kenyang ni. Tapi lepas makan, kenyang juga la.




Wahid order Tomyam Pasta with chicken slice & Chocolate Creme Brulee





Iced latte untuk aku 

 



Wefie sebelum makan


Makanan sini sedap, tapi agak pricey la. Campur dengan tax, total 2 orang makan RM80+. Nasib baik gaji baru masuk..





You Might Also Like

3 comments

  1. 2 orang maka kemain harganya ye. lepas gaji ok la takdela terasa sangat nak bayar kan. hihiihh

    BalasPadam
  2. Memang pricey. Tapi kalau nak cuba, tak boleh elak. 😅

    BalasPadam