Berbuka Puasa Ramadan ke - 3

Salam.

Dah seminggu tak update blog. Weekend je ada masa sikit nak update. Macam biasa, tak tau busy buat apa. Haha.

Hari pertama dan kedua puasa aku berbuka di rumah je, makan apa yang ada.

Hari ke 3 puasa khamis yang lepas kami geng blood bank buat potluck untuk berbuka puasa bersama.

Macam biasa, kami akan berkumpul di rumah Pini, sebab rumah dia besar dan housemates dia ok je.


Jadi kami plan la nak masak/ beli apa hari tu.

Pini sebagai tuan rumah masak main menu - nasi putih, ayam masak merah.

Yang lain-2 kebanyakan beli je. Sebab hari bekerja kan, lagi cepat dan senang untuk beli je.

Kami tak beli di bazaar pon, beli di grabfood je. 


Jadi ni la juadah berbuka puasa kami pada Ramadhan ke-3 hari tu.

ni untuk 10 orang makan.

Ada nasi putih, ayam masak merah, udang bakar, sotong goreng tepung, kailan ikan masin, telur dadar.

Dessert pula ada kek batik, brownies, bingka ubi. Ada cucur jagung & samosa cheese crab juga.

dan buah ada tembikai.

Air ada bermacam jenis, tak ambil gambar pula. 


Memang kami semua kekenyangan. ada yang tak sahur pon esoknya, sebab masih kenyang haha.


Makanan tu semestinya ada yang lebih, jadi ada yang tapau bawak balik rumah.

Aku pon mestilah tapau juga, sedap ayam masak merah Pini.

oklah, bye!


Selamat Berpuasa..







You Might Also Like

0 comments