Berbuka Puasa Ramadan ke - 11

 

Salam.

Ni Buffet Ramadan pertama aku untuk tahun ni. Maybe buffet terakhir juga, sebab tak rasa nak makan buffet sangat tahun ni. Rasa macam membazir bayar mahal tapi tak boleh makan banyak sangat.

Jadi tahun ni, aku decide nak makan buffet yang tak mahal sangat iaitu Mini Buffet Ramadan di BTC Luyang je.


RM 59.90 untuk seorang. 

Jadi aku dan kawan-kawan aku ke sana hari jumaat 2 minggu yang lepas bersamaan dengan 11 Ramadan.

Kawan aku tolong booking buffet ni terlebih dahulu untuk kami.

Walk in rasanya ada, tapi kami book siap-siap mana tau full slot ke kan.

Tapi best juga buffet ni, sebab orang tak ramai. Makanan yang disediakan tak banyak dan tak sikit sangat. Aku rasa berbaloi la dengan harga yang aku bayar.

Buffet ni start dari pukul 6pm - 10pm.

Kami datang dari sebelum 6pm dan balik 10pm. Dah lama tak makan sama-sama. Banyak yang nak diceritakan.


Mini Buffet Ramadan BTC Luyang


Jom tengok makanan apa yang ada di sini


Nasi putih & Nasi Arab Mandhi
-nasi arab dia sedap.



Lauk daging & ayam



Udang & kari kepala ikan




Sayur-sayuran



Ada pelbagai jenis roti juga



mini murtabak, paratha




chicken tikka & malai tikka





gado gado & keropok



Nasi goreng & kuey teow goreng




chicken wings, nugget




chicken chop & fish fingers



Desserts & kuih muih




bahagian minuman.
Paling best teh tarik dia. 




Ni antara makanan yang aku makan


Roti canai


Dessert & buah


Memang sangat kenyang malam tu. Happy dapat berbuka ramai-ramai juga.

Puas hati dengan makanan dan harga yang dibayar.



You Might Also Like

0 comments